Kita semua sedia maklum, dalam Linux terdapat kekurangan dari segi perisian pemuat turun yang menyamai IDM. Kalau ada sekalipun ciri yang hampir sama seperti flareGet, ia masih mempunyai kekurangan di sana-sini yang menyukarkan penggunanya untuk memuat turun video-video dari laman penstriman seperti Youtube, Dailymotion dan sebagainya.
Terdapat cara mudah jika anda ingin memuat turun video dari laman-laman tersebut iaitu dengan menggunakan gabungan antara pemain video VLC dan juga pemuat turun uGet.
Cara Mudah Muat Turun Video Dari Youtube:
1. Terlebih dahulu, buka VLC, klik pada menu Media -> Open Network Stream… atau Ctrl + N. Saya menggunakan URL ini sebagai contoh : http://www.youtube.com/watch?v=5jvm_9WpjcY
2. Sebaik ia mula melakukan penstriman, akan kelihatanlah video pilihan anda pada VLC.
3. Kemudian klik kanan pada VLC, pilih Tools -> Media Information atau Ctrl + I.
4. Salin URL yang tertera pada ‘Location’.
5. Buka uGet, klik pada ikon ‘Create new download’, maklumat video akan segera terpapar pada tetingkap baru seperti gambar di bawah:
6. Pilih direktori untuk menempatkan video anda, kemudian klik ‘OK’.
7. Selesai! Selamat mencuba lah heh!