Cara Root Alcatel One Touch Glory 2S Pro

Atas permintaan ‘hangat’ dari rakan-rakan Group Alcatel One Touch Glory 2S, saya gagahkan jua untuk menaip entri yang tak seberapa ini.

Kerana ada Pakej Komunikasi Belia (SKMM), saya juga tak lupa mengambil kesempatan untuk beli telefon bimbit pintar Android yang sangat murah ini. Selepas beli dan ‘godek’, persoalan pertama ialah bagaimana cara untuk root?

Perhatian/Penafian: Kaedah ini digunakan oleh anda, atas tanggungan risiko anda sendiri. Penulis hanya berkongsi caranya. Segala risiko adalah atas tanggungjawab anda.

*Tutorial ini telah dilakukan dalam sistem operasi Windows 8. Kredit kepada DreamerTKM atas tutorial yang berguna ini. Saya cuba tukang terjemah sahaja. Terima kasih.

Iklan Google

Cara Root Alcatel One Touch Glory 2S Pro:


1. Pasangkan Alcatel One Touch Manager.

2. Pasangkan Root Master (Bahasa Cina).

3. Pada peranti Alcatel anda, sila tandakan pada Development -> USB debugging & Allow mock locations.

4. Buka Root Master, dan sambungkan peranti anda pada komputer menggunakan kabel USB yang dibekalkan.

5. Selepas ia berjaya disambungkan, butang berwarna kelabu pada kotak merah akan bertukar menjadi hijau.

6. Klik pada butang hijau tersebut, dan tunggu proses tersebut berjalan sehingga selesai.

7. Peranti anda akan reboot, dan selepas itu satu aplikasi superuser berbahasa Cina akan terpasang pada peranti anda.

Iklan Google
Iklan Google

8. Mengikut tutorial DreamerTKM ini, beliau mengatakan peranti sudah siap root. Namun, ada satu lagi proses yang perlu dilakukan, iaitu anda wajib memasang Busybox. Anda boleh muat turun Busybox melalui Google Play Store.

Kaedah menukar aplikasi superuser berbahasa Cina kepada aplikasi superuser yang lain:

1. Kaedahnya mudah sahaja. Ini cara saya, bukan cara saudara DreamerKTM. Apa yang anda perlu lakukan SELEPAS memasang Busybox ialah muat turun mana-mana aplikasi superuser dari Google Play Store. Aplikasi superuser yang menjadi pilihan saya ialah Superuser (Koushik Dutta).

2. Selepas pasang aplikasi superuser tersebut, buka ia dan selepas itu, ia akan meminta anda untuk memasang binary su. Klik ‘Install’ (bukan install via recovery ya!). Tunggu sehingga proses pemasangan binary tersebut selesai. Anda perlu ingat, jika ada popup dari superuser berbahasa Cina keluar, anda cuma perlu klik pada butang disebelah kanan untuk membenarkan tindakan superuser tersebut. Dengan cara ini barulah aplikasi superuser yang baru boleh digunakan, setelah ia (binary su) terpasang dengan sempurna.

Iklan Google

3. Kemudian, sila freeze aplikasi superuser berbahasa Cina menggunakan ROM Toolbox Lite/Root Uninstaller/Titanium Backup, dan reboot telefon bimbit anda. Apabila telah selesai, cuba pasang aplikasi Root Checker. Klik pada ‘Check’ untuk periksa sama ada peranti anda telah root atau tidak!

4. Contoh penggunaan Superuser dari Koushik Dutta ini:

5. Untuk menyah-pasang aplikasi superuser berbahasa Cina itu tadi, muat turun ROM Toolbox Lite, buka ‘App Manager’, cari logo superuser tersebut, klik padanya lalu teruskan dengan menekan butang ‘Uninstall’. Siap! Sekarang peranti anda sudah root dengan jayanya! Harap anda berpuas hati dengan tutorial kali ini!

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img