Assalamualaikum semua. Ok, saya tau tutorial ini agak lambat, namun maaf kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan, tutorial ini lambat menjengah tatkala orang lain sudah mula sibuk ‘bermain’ dengan custom ROM pilihan masing-masing. Hehe.. Apapun hidup perlu diteruskan juga, jadi tutorial ini tetap ditulis untuk tujuan rujuan di masa akan datang. Tutorial ini saya ‘cedok’ dari video C4ETech di YouTube, cuma saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan anda.
Sedikit pesanan awal penaja, tutorial ini akan menyebabkan kesemua yang telah anda muat turun (app, apk, fail-fail) dipadam, jadi jika anda masih mahukan fail-fail yang anda rasakan penting, sila buat salinan sandaran (backup) terlebih dahulu.
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah muat turun dahulu kesemua ‘tools’ yang kita perlukan dalam tutorial ini melalui pautan-pautan di bawah:
1. ADB USB Driver
koushikdutta.com/universal-adb-driver
2. Android SDK Slim
3. Custom Recovery (TWRP)
techerrata.com/browse/twrp2/bacon
4. SuperSU
Kaedah:
1. Pasang terlebih dahulu pemacu USB ADB. Ini adalah amat penting untuk memastikan sistem operasi anda dapat mengesan peranti serta dapat menggunakan ADB.
2. Kemudian, hidupkan USB Debugging melalui Developer options. Jika anda masih belum ‘unlock’ Developer options, anda boleh berbuat demikian melalui Settings, About phone – kemudian klik pada ‘Build number’ sebanyak 7 kali. Setelah itu Developer Options akan muncul pada Settings.
3. Pada Developer Options, tandakan (tick) pada USB debugging (atau mungkin ditulis sebagai Android debugging), dan buang tanda (untick) pada ‘Update CM recovery’.
4. Ekstrak fail Android SDK. Kemudian salin kesemua fail yang telah anda muat turun tadi iaitu TWRP Recovery dan juga fail SuperSU ke dalam folder Android SDK tersebut (android-sdk-windows -> platform-tools). Seterusnya hubungkan telefon bimbit pintar anda dengan kabel USB.
5. Tekan butang Shift pada keyboard, lalu klik kanan dan pilih ‘Open command window here’. Periksa terlebih dahulu sama ada peranti anda dapat dikesan oleh sistem operasi atau tidak melalui baris perintah ‘adb devices’. Pada telefon anda, sila tandakan pada kekotak ‘Always allow from this computer‘.
6. Teruskan dengan baris perintah ‘adb reboot bootloader’. Perintah ini akan membuatkan telefon anda masuk ke mode Fastboot. Untuk kepastian sama ada peranti anda dapat dikesan dengan baik oleh sistem operasi, gunakan perintah ‘fastboot devices’. Peranti anda akan disenaraikan jika ia dapat dikesan.
7. Seterusnya, masukkan baris perintah ‘fastboot oem unlock’. Peranti anda akan format semula dan akan reboot. Jadi siapkan dahulu semua tetapan seperti biasa, dan jangan lupa untuk hidupkan semula ‘USB Debugging’, serta jangan lupa untuk buang tanda (untick) pada ‘Update CM recovery’.
8. Kemudian, masukkan baris perintah pada cmd ‘adb reboot bootloader’. Ini seperti biasa akan membuatkan telefon anda masuk ke mode Fastboot. Teruskan dengan perintah ‘fastboot flash recovery op <— waktu ini anda cuma perlu tekan butang Tab, dan ia akan terus melengkapkan nama recovery tersebut untuk anda. Setelah itu, gunakan baris perintah ‘fastboot reboot’ untuk reboot.
9. Salin fail SuperSU ke dalam storan telefon bimbit anda. Tekan butang power, pilih ‘Power off’. Kemudian tekan serentak butang volume down + power, apabila keluar logo OnePlus, lepaskan kedua-duanya. Ini akan membuatkan telefon anda masuk ke recovery, dalam kes ini TWRP recovery.
10. Tekan butang ‘Install’ lalu cari fail SuperSU tadi dan klik padanya. Leretkan mengikut arahan iaitu ‘Swipe to Confirm Flash’, untuk flash (install/pasang) fail SuperSU tersebut. Akhir sekali klik pada ‘Reboot System’.
11. Alhamdulillah, kini telefon OnePlus One anda sudah pun siap root. Anda bolehlah teruskan langkah-langkah lain dengan memasang Busybox dan sebagainya mengikut kepada apa yang anda suka, cuma lakukanlah dengan penuh berhati-hati agar telefon anda tidak berakhir dengan ‘brick’.
Terima kasih kerana sudi membaca. Kita jumpa lagi pada tutorial akan datang.