Memilih Untuk Menyebar Kebangangan
Kejumudan minda kebanyakan rakyat marhaen telah menyebabkan bercambahnya laman-laman kurang pintar dan blog-blog tabloid yang kerap menyebar-luaskan pandangan bodoh-bangang. Buat mereka yang kurang berfikir, ini adalah waktu paling baik untuk mereka menulis artikel-artikel berunsurkan teori konspirasi kerana setiap dari teori konspirasi itu bererti TRAFIK dan setiap satu trafik yang masuk ke blog adalah DUIT.
Apa Itu Keylogger?
Keylogger adalah singkatan daripada perkataan ‘keystroke logging/logger’ yang mana ianya adalah gambaran akan aplikasi atau perisian yang digunakan untuk merekod setiap taipan pada papan kekunci. Kebiasaannya aplikasi/perisian ini digunakan oleh penggodam yang berniat jahat, dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat sulit dari mangsa seperti kata laluan e-mel, kata laluan bank, dan lain-lain perincian yang tidak boleh dikongsi secara terbuka. Pendek kata keylogger adalah sejenis spyware, iaitu sesuatu yang akan menjahamkan privasi anda, serta mencuri kesemua info-info peribadi anda.
Pengutipan Data Oleh Google, Android, dan Cortana
Kalau anda katakan apa yang telah dilakukan oleh Microsoft untuk mendapatkan data peribadi anda bagi memperbaiki mutu serta kualiti servis dari Cortana, iaitu pembantu peribadi maya anda di dalam sistem operasi Windows 10 adalah ‘keylogger’, maka anda juga adalah lebih patut memeriksa ‘Permission’ setiap aplikasi yang ada dalam telefon pintar anda. Kerana ianya adalah perbuatan yang sama! Google mengumpulkan data peribadi anda melalui ‘Permission’, dan setiap data ini bukannya disimpan dalam telefon! Ia akan dihantar ke pelayan-pelayan Google dan kemudiannya diproses, dipantau, seterusnya maklumat itu akan dijadikan sebagai sandaran kepada penambahbaikan aplikasi Google App (dahulunya dikenali sebagai Google Now).
Tak lupa juga dalam Android ada disertakan beberapa cara untuk mengumpulkan maklumat ‘ralat’ ataupun ‘pepijat’ agar dapat dikenalpasti apa yang perlu diperbaiki seterusnya kemas kini bagi sistem operasi Android dapat diedarkan kepada semua pengguna.
Ini adalah era di mana apabila anda memasuki dunia internet, sedikit-sebanyak informasi anda pasti akan ‘diambil’ untuk memastikan kelangsungan sistem operasi atau aplikasi/perisian.
Kalau anda terlalu paranoid serta ingin meneruskan prejudis anda terhadap Windows 10, anda juga tak perlu lagi menggunakan telefon bimbit pintar anda, melainkan anda adalah para hipokrit yang terlalu obses membaca blog-blog talbloid tetapi terlampau ego untuk menggunakan akal fikiran bagi berfikir akan logika disebalik setiap perbuatan.
Microsoft bukan terlampau bodoh baghal hendak membuang segala usaha keras mereka untuk membuat sistem operasi terbaru dengan mencipta keylogger terbina dalaman di dalam Windows 10. Teori konspirasi yang terlampau dangkal ini dicipta khas oleh musuh-musuh Microsoft dan juga khususnya oleh para pembenci sistem operasi Windows sejak dulu.
Ianya dicipta untuk siapa? Untuk generasi Y yang malas menggunakan akal.
Mematikan Kesemua Tetapan Privacy
Dalam Windows 10, ada diletakkan satu bahagian khas untuk pengguna mengubah tetapan privasi. Ianya sangat senang. Pengguna hanya perlu ‘trigger’ butang ‘On’ untuk tukarkan ia kepada ‘Off’. Anak kecil yang baru pandai baca ‘On/Off’ pun boleh buat lah bro! Tinggal rajin atau tidak hendak baca dan semak satu persatu kerana tetapan-tetapan privasi ada banyak! Alahhh.. kalau rajin baca blog tabloid-manipulasi-isu-untuk-keuntungan-melalui-akal-pemalas, tak mungkinlah terlalu malas pula untuk semak tetapan-tetapan tersebut, melainkan anda memang pemalas tahap nauzubillah, ego tahap ….. (sambung sendiri).
Reaksi Terlampau
Kesemua yang anda baca bukanlah semuanya tidak benar. Betul lah mereka ada kumpulkan maklumat anda, tetapi macam yang ditulis di awal artikel, ianya akan digunakan semula untuk menambahbaik sistem operasi dan juga pembantu peribadi maya yang bernama Cortana itu. Kalau anda rasa privasi anda ‘diceroboh’, matikan semua tetapan Privacy yang tersedia atau lebih ekstrim lagi tak payah guna Windows 10. Kekal mereput dengan Windows XP anda, atau ‘upgrade’ sikit Windows 7/Vista.
Bukan nak kata Windows 7 tidak bagus, tetapi kalau ada yang jauh lebih bagus kenapa kita tidak mahu guna? Kenapa nak percaya membuta-tuli kepada blog-blog tabloid-pemalas-mengharap-trafik-murahan-semata?
Paling kelakar, sebut pasal privasi, tetapi dalam masa yang sama rajin menggunakan perisian klien TORRENT. Kelakar sungguh anda. PRIVASILAH SANGAT.