Baiki Kebocoran DNS Pada Ubuntu 16.04
1. Nyahaktif Terlebih Dahulu IPv6
Ya, ini adalah perkara wajib yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Nyahaktif segala tetapan IPv6 pada Ubuntu 16.04. Pertama sekali sunting fail /etc/sysctl.conf dengan menggunakan Gedit (senang guna Gedit ni):
sudo gedit /etc/sysctl.conf
Iklan Google
Sila tambahkan beberapa baris berikut di akhir teks:
net.ipv6.conf.all.disable_ipv6 = 1
net.ipv6.conf.default.disable_ipv6 = 1
net.ipv6.conf.lo.disable_ipv6 = 1
Aktifkan semula sysctl.conf:
sudo sysctl -p
2. Sunting semula tetapan sambungan rangkaian internet anda. Klik pada ikon sambungan internet di status bar dan hala kepada ‘Edit Connections…’. Seterusnya klik pada sambungan internet yang sedang anda gunakan, hala kepada ‘IPv6 Settings’. Ubah Method kepada ‘Ignore’.
3. Tambahkan baris berikut di akhir config OpenVPN anda.
script-security 2
up /etc/openvpn/update-resolv-conf
down /etc/openvpn/update-resolv-conf
4. Mulai semula (restart) PC/lappy anda. Setelah itu cuba gunakan mana-mana servis enkripsi sambungan internet anda, contohnya OpenVPN dan buka pautan DNS leak test.
5. Sekiranya sambungan tersebut tidak menunjukkan mana-mana IP dari ISP anda, maka sambungan internet anda telah berjaya ditutup tanpa kebocoran DNS lagi. Tahniah. Silalah gunakan internet secara berhemah.