Shotcut: Penyunting Video Percuma Untuk Pelbagai Platform

Abam tau, ramai suka dengan OpenShot, ada yang lebih gemar dengan Kdelive, dan tak lupa juga DaVinci Resolve. Tapi tak salah kalau kita cuba pelbagai aplikasi, tambah pula bila aplikasi itu percuma.

Bak kata orang kita, makan yang paling sedap ialah makan di kenduri. Sudahlah percuma, boleh tambah pula.

Samalah halnya dengan Shotcut.

Kalau anda suka dengan Filmora X, anda pasti akan suka juga dengan Shotcut. Kalaupun ia tidak beberapa ‘padu’ sepertimana Filmora mahupun lain, barang percuma seperti ini kita tak boleh nak terlalu ‘complain‘ sangat.

Tidaklah namanya penyunting video kalau tak boleh tambah berbagai jenis kesan (effects) pada video. Nak buat color grading? Boleh. Nak tambah transition effects? Pun boleh.

Iklan Google

Nak gunakan pun senang. Nak tambah layer video? Layer audio? Tambah saja berapa yang anda mahukan. Tiada sekatan, tiada watermark. Fuhhh. Memang puas hati.

Jika anda dah terbiasa gunakan Filmora dan anda sukakan aplikasi tersebut kerana paparan antara mukanya yang ‘user friendly‘, anda pasti akan sukakan Shotcut. Ia terdapat untuk Windows, macOS, dan semestinya Linux.

Percuma, sumber terbuka, dan ada banyak tutorial dalam YouTube untuk anda cuba. Muat turun di: https://shotcut.org/download/

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img