Zack Snyder’s Army Of The Dead (2021) (Rated R)

Pernah tengok zombi yang boleh mempertahankan diri ala capoeira? Atau zombi yang mempunyai sebuah kawasan pemerintahan berskala besar, beserta raja dan permaisuri?

Dalam pelbagai filem Korea, zombi digambarkan sebagai manusia yang bertukar menjadi makhluk ganas dan pantas. Dalam filem barat pula, zombi ialah makhluk yang ganas tetapi bergerak dengan perlahan. Manakala apa yang ditampilkan dalam filem Zack Snyder ini ialah gabungan antara kedua-duanya sekali.

Army of the Dead merupakan filem pertama Snyder yang ditayangkan bersama Netflix, dan merupakan filem bergenre ‘zombi’ yang dibuat selepas filem remake arahannya pada tahun 2004 iaitu Dawn of the Dead.

Dalam filem ini, kita melihat Batista/Dave Bautista membawa watak sebagai Scott Ward, seorang bekas tentera yang kembali ke alam ‘ketenteraan’ apabila direkrut untuk menjadi ketua kepada pasukan tentera upahan menuju ke Las Vegas.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan wang bernilai jutaan dolar bagi pihak Bly Tanaka (Hiroyuki Sanada) yang tersimpan di sana. Malangnya, bandar itu dipenuhi dengan zombi yang bukan sahaja ganas, malah berevolusi menjadi manusia atau makhluk separuh hidup, separuh mati yang mempunyai kecerdasan.

Apa yang menarik, zombi dalam filem ini terbahagi kepada tiga jenis, iaitu Alpha, Shambler, dan zombi haiwan. Alpha boleh dikategorikan sebagai zombi yang berevolusi menjadi cerdik, dan mampu memerintah sebuah unit masyarakat mahupun ‘tenteranya’ sendiri.

Shambler pula ialah zombi tipikal, lembab, bodoh, dan lemah. Pun begitu, mereka masih memakan manusia biasa sebagai santapan hidangan makan malam. Selain itu, terdapat juga zombi haiwan yang diwakili oleh harimau dan kuda.

Jika anda berminat nak tonton, bolehlah ke pautan ini:

https://www.netflix.com/watch/81046394

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x