Xiaomi Mi A1 Menerima Kemaskini Android Oreo Secara Rasmi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk Xiaomi. Pasti ampa kenalkan product Xiaomi yang dwi-kamera serta harga berpatutan ni, iaitu Mi A1. Bukan itu sahaja, Mi A1 ni berbeza dengan peranti Xiaomi yang lain kerana dia Android One, yang lain MIUI.  Spesifikasi dia pun ampa mesti tau kan? Processor dia Qualcomm® Snapdragon™ 625, RAM pula 4GB digandingkan dengan stor penyimpanan 64GB, saiz paparan 5.5-inci Full HD IPS, dwi-kamera belakang 12MP+12MP dan bateri pula 3080mAh.

Mungkin perkakasan dia boleh-boleh la kan? Tapi perisian dia, dikuasakan oleh hampir stock Android 7.1 Nougat dengan beberapa penambahan yang lain seperti aplikasi kamera dari MIUI. Semasa pelancaran produk ini, Xiaomi menjanjikan bahawa kemaskini Oreo bakal dilepaskan pada pengguna Mi A1 sebelum berakhirnya 2017. Kemudian mereka mula mencari penguji Beta untuk menjadi tikus makmal untuk menguji perisian pada awal bulan Disember dan kemaskini Beta dilepaskan kepada penguji Beta seminggu selepas itu.

Dengar cerita, Android Oreo Beta tu ada ciri pengecas pantas dan mereka uji Mi A1 yang dipasang Android Oreo Beta dengan OnePlus Dash Charger, dan keputusan yang dapat ialah depa cas sampai 100% (tak tau depa cas dari berapa % hahaha ?) hanyalah mengambil masa selama 92 minit!, lebih pantas daripada stock charger yang mengambil masa 2 jam untuk penuh. (Kawan saya kata hampir 3 jam nak penuh katanya ?)

Tapi kemaskini Oreo (7.12.19) ni takda lagi ciri pengecas pantas tu, mungkin dalam bulan ni ka dapat. Mana la kita nak tahu kan?  Tapi semalam saya saja uji pengecas Mi A1 dengan Baozu M1 Smart Powerbank, 10,000mAh tu. Kan powerbank tu ada macam2 teknologi pengecasan pantas. ?

Lepak Pecal Lele dekat Padang Jawa, uji la sebab dia dah pakai Oreo. Tapi takda lagi kemaskini ni. ?

Jadi, Xiaomi pun kotakan janji mereka lalu mula-lah pelepasan kemaskini Android 8.0 Oreo pada Mi A1 yang rasmi. Memang tak dapat la yang Beta sebab tu untuk penguji Beta ja. ?  Kemaskini tersebut bersaiz 1107MB, yang mengandungi ciri2 Android 8.0 Oreo (macam Picture-In-Picture la, Smart Text Selection, Adaptive Icons, Notification Dots dan macam2 lagi), serta patch keselamatan Android 1 Disember 2017 (ada penguji Beta dapat kemaskini patch keselamatan Android 1 Januari 2018, wah! ?).

Tak diketahui lagi bila binaan muktamad stabil yang mengandungi sokongan pengecas pantas yang mana terdapat dalam binaan Beta lebih awal. Xiaomi juga maklumkan bahawa untuk memasang kemaskini tersebut, pengguna harus-lah memasang terlebih dahulu kemaskini bulan Disember (7.12.19). Paling penting sekali, kemaskini tersebut dilepaskan secara berperingkat, jadi tak semua pengguna yang akan dapat serentak. Dalam masa yang terdekat, semua akan dapat. Sabar yop sabar. ?

Ini merupakan berita baik bagi peminat stock Android. Tetapi, yang perlu diperhatikan ialah sumber kernel untuk peranti ini masih lagi belum dikeluarkan. ? Jadi, kemaskini perisian itu meningkatkan lagi nilai sesuatu peranti, yang mana pelaburan kita membeli sesuatu peranti tu amatlah berbaloi. ?

Di bawah ini status Twitter dari pihak Xiaomi.

Jadi jika ada sebarang komen dan pendapat untuk dikongsi, sila komen di bawah ye. ?

 

Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x