{"id":33730,"date":"2024-11-15T11:11:54","date_gmt":"2024-11-15T03:11:54","guid":{"rendered":"https:\/\/omghackers.com\/?p=33730"},"modified":"2024-11-16T10:35:47","modified_gmt":"2024-11-16T02:35:47","slug":"gadis-pedalaman-cantik-li-zi-qi-kembali-semula-ke-internet","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/omghackers.com\/gadis-pedalaman-cantik-li-zi-qi-kembali-semula-ke-internet\/","title":{"rendered":"Gadis Pedalaman Cantik, Li Zi Qi Kembali Semula ke Internet"},"content":{"rendered":"
Jika anda penggemar kandungan ikhtiar hidup di YouTube, pasti akan pernah menonton video dari gadis ini. Li Zi Qi boleh dikatakan antara “OG” dalam genre gadis hutan cantik. Kerjayanya bermula secara tidak sengaja setelah dia pulang ke kampung pedalaman untuk menjaga neneknya.<\/p>\n
Li Zi Qi sebelum mencipta saluran YouTube, telah bertugas sebagai DJ di sebuah kelab di bandar. Namun, pulang ke kampung setelah neneknya tidak sihat. Di kampung, bagi mengisi masa lapang dan mengembangkan bakat sedia ada, beliau mula memuat naik video pekerjaannya seharian.<\/p>\n
<\/p>\n
Kandungan videonya tidak sunyi dari kontroversi. Dituduh sebagai penipu, pelakon propaganda China, memanipulasi trafik, dan pekerja korporat besar, Li Zi Qi terus berkarya sehingga genre “gadis pedalaman cantik” menjadi satu genre baru dalam YouTube. Li Zi Qi menjadi saluran yang pertama dalam genre ini mencapai 10 juta pelanggan! Sekaligus, mempopularkan genre ini.<\/p>\n
Sayang sekali, kejayaan Li Zi Qi tidak lama kerana ditipu oleh syarikat produksi. Setelah salurannya semakin besar, Li Zi Qi telah bekerjasama dengan syarikat bagi menguruskan jadual dan kerja-kerja produksi hariannya. Sebaliknya, syarikat tersebut hanya menggunakan jenama Li Zi Qi untuk menjual produk dan tidak membantu dalam kerja-kerja penghasilan video.<\/p>\n
<\/p>\n
Pada Julai 2021, Li Zi Qi ingin menamatkan kontraknya dengan syarikat produksi ini namun Li Zi Qi mendapati pengurusnya telah menipu beliau dan kini seluruh jenama dan saluran YouTube beliau kini dimiliki syarikat produksi tersebut. Li Zi Qi kemudiannya mengambil tindakan undang-undang dan tiada maklumat lanjut tentang perjalanan kes beliau kerana COVID-19 telah melanda seluruh dunia.<\/p>\n
Sehinggalah dua hari lepas, di mana Li Zi Qi telah memuatnaik video terbaru di saluran YouTube beliau. Semalam juga, Li Zi Qi juga telah memuatnaik video baru.<\/p>\n
<\/p>\n