AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Windows 8 Professional (32-Bit/64-bit) + Activator

Windows 8 Professional (32-Bit/64-bit) + Activator

0
Mobile Ads

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Malam ku rasakan bagai kesiangan. Cinta ku padamu seluas lautan yang dalam. Tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Itulah sedikit pembuka bicara oleh penulis pada penulisan kali ini tentang Windows 8. Penulis fikir akan ada penulis lain yang akan menulis artikel tentang Windows 8. Ini kerana,semalam penulis baru sahaja selesai memuat turun dan memasang Windows 8. Perasaan terharu bila sahaja selesai memasang dan mengaktifkan serta menggunakan masih tidak dapat dihindar dan dihilangkan dari dalam diri. Walaupun rasanya sudah terlambat untuk memuatkan penulisan tentang Windows 8. Tapi,mungkin ada yang masih sejati dan kuat tahap kesabarannya untuk menunggu penulis menulis artikel tentang Windows 8.

Untuk penulisan kali ini penulis hanya akan berkongsi Windows 8 Professional khusus untuk x86 atau 32-Bit kerana penulis menggunakan sistem operasi ini. Tapi,penulis akan menyediakan pautan memuat turun bagi kedua-dua versi tersebut. Tapi,perlu diingat hanya versi/edisi Professional sahaja yang akan dikongsikan untuk versi/edisi Enterprise jika anda mahu menggunakannya anda boleh muat turun pada laman yang sama. Tapi,sebelum itu penulis ingin memohon maaf atas kesibukan duniawi dan terpaksa meninggalkan dunia tanpa sempadan atau alam maya. Selain itu,penulis juga ingin memohon maaf kerana penulis ingin meminta ruang,waktu dan masa yang lebih sedikit untuk penulis memuat naik ke laman perkongsian fail. Jadi,untuk penulisan kali ini anda perlu menyediakan perisian atau ‘client’ torrent untuk memuat turun fail Windows 8 ini. Perlu juga diingati bahawa penulis hanya akan memuat naik fail Windows 8 Professional x86 sahaja. Kerana itu yang penulis muat turun dan gunakan. Tak mampu den nak muat naik semua versi Windows 8. Rasanya cukuplah sekadar pendahuluan mahupun muqaddimah untuk penulisan kali ini. Kita teruskan sahaja kepada tujuan kita. Lupa untuk diingatkan. Kita pengguna professional bukan pengguna perusahaan. Kita tidak perlukan versi/edisi Enterprise. Kita perlukan kebebasan daripada dijajah.

Tidak tahu cara untuk muat turun menggunakan torrent? Penulis tidak akan ajar. Gunakan Google dengan sebaiknya atau cek entri lama tentang torrent yang dikarang oleh Dr.Freddy pada suatu masa dahulu.
1. Sediakan perisian atau client untuk memuat turun fail .torrent. Anda boleh gunakan Tixati v1.92 mahupun Utorrent v3.2.2.
2. Klik pautan di bawah. Pautan di bawah adalah berupa magnet link. Jadi,jika client torrent anda tidak bergabung dengan magnet link,aktifkan atau lakukan dengan cara manual.

Klik pautan di bawah untuk memuat turun Windows 8 Professional x86 dan x64.


Windows 8 Professional x86 [disini]
Windows 8 Professional x64 [disini]

Setelah anda selesai memuat turun fail .iso Windows 8. Anda bolehlah rakam ke dalam DVD ataupun menggunakan USB Flashdisk. Anda boleh menggunakan perisian perakam seperti Nero,PowerISO dan sebagainya untuk merakamkan fail Windows 8 ke dalam DVD. Untuk USB Flashdisk anda boleh menggunakan perisian Rufus [disini]. Anda memerlukan minimum 4GB thumbdrive. Ringan dan bermutu. Itulah kata yang dapat diucapkan oleh penulis. Masa untuk membuat/merakam atau membuat bootable USB bagi penulis adalah sekitar 20 minit. Semuanya bergantung kepada kekuatan USB Flashdisk anda dan mungkin juga mempengaruhi kekuatan komputer anda.

Untuk pengaktifan anda boleh memuat turun fail Window 8 Activator.bat [disini]. Sejauh mana kehebatan alat ini bergantung kepada anda. Jalankan secara pengawalan penuh (adminstrator) dengan klik kanan dan Run As Adminstrator. Selepas anda klik fail .bat tersebut anda akan dapati satu tetingkap Command Prompt (CMD) kosong yang muncul. Anda perlu tunggu selama beberapa saat untuk menyelesaikan masalah pengaktifan. Lebih kurang 3-5 tetingkap yang akan keluar selepas anda klik alat .bat ini. Anda hanya perlu klik OK. untuk menutup tetingkap tersebut. Selepas anda menutup tetingkap yang terakhir anda akan dapati terdapat keterangan yang tertulis pada Command Prompt yang menggesa anda untuk klik sebarang kekunci pada papan kekunci (keyboard) anda. Kesimpulannya:
1. Klik fail Windows 8 Activator.bat
2. Jalankan secara adminstrator,klik kanan fail dan Run As Adminstrator.
3. Satu tetingkap Command Prompt akan muncul. (kosong).
4. Akan muncul beberapa tetingkap yang menunjukkan proses pemasangan lesen Windows 8. Klik OK untuk menutup tetingkap tersebut.
5. Kembali kepada tetingkap Command Prompt dan nantikan kalimat click any key on keyboard for close.
6. Jika tidak berjaya tunggu lima minit lagi.

Mari kita lihat bukti-bukti Windows 8 Professional x86 penulis telah aktif.

1. Jika anda tidak aktifkan Windows 8 anda,anda tidak akan dapat mengubah account picture,start screen dan sebagainya. Tapi,penulis boleh.

2. Ini bukti teraktifnya Windows 8 di System Properties.

3. Sekiranya terdapat program yang tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Anda hanya perlu ubah compability ke Windows 7.

4. Lihat beberapa imej lain sekitar Windows 8 untuk menggesa anda menggunakan barangan cetak rompak.

Sewaktu anda ingin melakukan proses pemasangan Windows 8 anda akan diminta untuk memasukkan key license. Masukkan kunci ini. Kunci ini bukanlah untuk pengaktifan,hanya digunakan untuk pemasangan.

XKY4K-2NRWR-8F6P2-448RF-CRYQH.

Selamat mencuba.

Peringatan:-
Penulis akan mengemaskini kembali penulisan ini tiga hari dari sekarang untuk memasukkan direct link. Mungkin hari Selasa dan Rabu. Datang kembali ke sini pada hari yang dimaklumkan.

Sekian,Assalamualaikum.

Mobile Ads

Exit mobile version