Adsense
Utama Berita WhatsApp Number Hijacking : Mencuri Wang Dengan Menipu Di WhatsApp

WhatsApp Number Hijacking : Mencuri Wang Dengan Menipu Di WhatsApp

0

WhatsApp Number Hijacking bukan perkara baharu. Ia sudah lama berlegar dalam dunia internet ini, dan kini kembali menghantui pengguna.

Modus Operandinya adalah sama. Caranya:

Apabila anda memasang WhatsApp, platform ini akan meminta anda nombor telefon untuk membuat akaun. Kemudian, ia akan menghantar OTP kepada nombor tersebut. Dengan OTP ini, ia mampu membuktikan pemilikan anda terhadap nombor telefon.

Apabila anda memasukkan nombor yang betul, WhatsApp akan mula berfungsi.

Dengan kaedah hijacking, para penyerang/penggodam akan menggunakan satu akaun yang sudah pun dipecah masuk lebih awal untuk menghubungi rakan mangsa.

Dalam mesej dihantar itu, mereka akan mengatakan bahawa mereka sedang mengalami masalah untuk menerima kod enam digit, oleh itu mereka menghantar kod itu kepada rakan tersebut terlebih dahulu, dan kemudian mereka akan meminta ia dihantarkan semula.

Kod enam digit itu ialah kod OTP WhatsApp untuk mangsa, dengan menghantar ia kepada rakan mereka, sebenarnya ia dihantar terus kepada penggodam selepas kod itu ‘dipulangkan’ semula.

Selepas itu, selesailah sudah proses hijacking. Ringkas dan mudah bukan? Penyerang/penggodam akan melihat kumpulan yang anda masuki dan pesanan WhatsApp baru yang anda terima.

Mudah kata – KONONNYA seseorang yang mengaku kenalan anda meminta anda menghantar kembali kod enam digit WhatsApp kepada mereka, mungkin atas alasan tersilap hantar, atau mereka mengalami kesulitan untuk mendapatkannya.

Kod itu ialah KOD ANDA. JANGAN hantarkan ia semula kepada mereka. Akaun anda akan dirampas serta-merta.

Kini terdapat satu sindiket penipuan untuk memperdaya orang ramai dengan menyamar sebagai kawan lama, yang tujuan mendapatkan pinjaman wang, dan sebagainya lagi.

Sebaik menyerahkan kod itu, anda tidak akan dapat lagi mengakses WhatsApp menggunakan nombor telefon sendiri akibat disekat.

#OMGHSharing #PDRM

#WhatsAppHijacking #DontCopyAndPaste

#IntelectualProperty #OMGHNetwork

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version