Adsense
Utama Editorial Wang Tunai Semakin Kurang Digunakan – Trend Neobanking

Wang Tunai Semakin Kurang Digunakan – Trend Neobanking

0

Pembayaran Tanpa Sentuh Semakin Jadi Pilihan

Situasi pandemik telah mengurangi penggunaan wang tunai kerana rakyat bimbangkan masalah jangkitan.Ini merupakan satu berita baik untuk aplikasi/servis penghantaran wang secara digital seperti PayPal dan Square.

(Square lebih kurang sama seperti PayPal, tetapi aplikasinya lebih menarik sedikit).

Stok bagi syarikat mereka meningkat tahun ini kerana orang ramai menghindari bil fizikal dan duit syiling, membeli-belah dalam talian dan menghantar pembayaran secara digital di dunia yang semakin tidak bersentuhan.

Penggunaan mata wang kertas sudah menurun sebelum wabak coronavirus lagi, demikianlah menurut satu penyelidikan dari Federal Reserve Bank of San Francisco.

Saham PayPal melonjak ke 65% sementara Square meningkat lebih dua kali ganda setakat ini pada tahun 2020. Kedua-dua saham berada pada tahap tertinggi sepanjang masa.

Penganalisis juga bersetuju bahawa Square (dan PayPal) menjadi versi moden cawangan bank komuniti tempatan untuk milenium dan Gen Z.

Orang tua seperti admin Mamu pun lebih memilih aplikasi wang digital seperti BigPay untuk membayar di mana².

Pun begitu, wang tunai tetap mempunyai ciri tersendiri yang tidak dapat diganti oleh bentuk digital. Anonimiti dan keselamatan wang tunai yang relatif tetap menarik buat mereka yang menggunakannya.

Penggunaan wang tunai mungkin tidak akan berakhir, namun pergerakan ekonomi digital semakin bercambah dan memudahkan setiap urusan pembayaran ke akaun individu atau syarikat, lalu menjadikan transaksi lebih lancar.

Rujukan: https://news.theceomagazine.com/…/reserve-bank…/

https://edition.cnn.com/…/square-paypal…/index.html

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version