AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Tutorial QNAP NAS #1: Cara Menyambungkan NAS Anda Ke PC Dengan Kabel...

Tutorial QNAP NAS #1: Cara Menyambungkan NAS Anda Ke PC Dengan Kabel LAN

0
Mobile Ads

Sebulan lamanya saya belajar cara menggunakan QNAP NAS saya ini. Saya juga seperti kebanyakan orang di luar sana yang tidak pernah menggunakan NAS pun sebelum ini. Kebanyakan data saya hanya disimpan di dalam external hard disk atau pendrive saja.

Kali ini, saya akan cuba sediakan tutorial ringkas yang dipecahkan dalam beberapa siri supaya lebih mudah difahami. Saya cuba sedaya upaya untuk sediakan gambar bagi setiap langkah penting.

Langkah 1: Pastikan PC Anda Boleh Mengesan QNAP NAS Anda

Bagi memastikan QNAP NAS anda dapat menyimpan data daripada PC anda, pertama sekali, PC anda haruslah disambungkan ke QNAP NAS anda. Saya tidak menggunakan internet fiber di rumah dan hanya menggunakan mobile hotspot daripada telefon sahaja. Jadi, saya menyambungkan terus QNAP NAS saya ke laptopn dengan menggunakan kabel LAN. Saya menggunakan model QNAP NAS TS-x73A dengan AMD Ryzen.

Untuk menyambungkan QNAP NAS ke PC untuk kali pertama, anda mesti memasang perisian Qfinder Pro daripada QNAP bagi membolehkan PC anda ‘mencari’ QNAP NAS anda. Pautan untuk memuat turun Qfinder Pro di sini: Muat Turun Qfinder Pro

1) Buka aplikasi Qfinder Pro anda dan pastikan QNAP NAS anda tersenarai pada senarai peranti terdekat.

2) Klik dua kali pada QNAP NAS anda yang terpapar pada Qfinder Pro. Anda seterusnya akan dibawa secara automatik ke Browser anda untuk proses pemasangan QNAP NAS kali pertama.

Masukkan nama untuk QNAP NAS anda. Seterusnya, masukkan kata laluan yang kuat untuk ID admin anda. Untuk setup kali pertama ini, ID lalai anda adalah “admin“.

3) Tekan “Next” dan seterusnya pilih zon waktu anda untuk diset pada QNAP NAS anda.

4) Pilih untuk menggunakan QNAP NAS menggunakan alamat IP tetap ataupun automatik. Memandangkan saya menggunakan internet secara mobile hotspot, saya memilih pilihan “Automatic”. Bagi anda yang tidak pasti juga, anda boleh juga memilih pilihan “Automatic” bagi setup yang lebih mudah.

5) Seterunya, pilih pelarasan QNAP NAS anda sama ada ingin digunakan bersama sistem operasi lain ataupun tidak. Ini bagi membolehkan anda menggunakan QNAP NAS yang sama bersama pelbagai jenis peranti. Untuk ini, saya nasihatkan tandakan sahaja kesemua pilihan buat kemudahan anda di kemudian hari.

Mana tahu, esok lusa anda ingin beralih ke sistem operasi atau peranti lain kan?

6) Seterusnya, anda akan ditunjukkan ringkasan tentang tetapan yang telah anda lakukan. Pastikan kesemua maklumat betul dan kembali semula ke langkah sebelumnya sekiranya ada sebarang masalah. Sekiranya semuanya baik, tekan sahaja “Next“.

7) Anda akan diberikan amaran setelah menekan “Next” kerana QNAP NAS anda akan mula “format”kan dirinya. Sekiranya anda pernah menggunakan QNAP NAS ini sebelum ini ataupun anda me’reset‘ semula QNAP NAS anda, dalam proses ini, segala data lama anda akan hillang.

Tunggu proses selesai sebelum anda boleh login ke dalam QNAP NAS anda.

8) Setelah semuanya selesai, anda akan dibawa ke skrin Login. ID “admin” akan diisi secara lalai dan automatik. Masukkan kata laluan yang telah anda isikan tadi.

9) Sekiranya semua berfungsi dan ditetapkan dengan sempurna, anda kemudiannya akan dibawa ke skrin ‘Desktop” sistem operasi QNAP NAS anda. Sistem operasi pada QNAP NAS diberi nama QTS.

Tahniah! Anda telah berjaya dalam langkah pertama anda!

 

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version