AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Penyelesaian Masalah Graphic Card ATI

[ Tutorial ] Penyelesaian Masalah Graphic Card ATI

0
Mobile Ads

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Maaf saya nak guna bahasa ampa dan kami di sini,
harap tidak jadi masalah 🙂

Ampa semua apa khabar?
harap sihat2 na?
kami lama tak post kan?
tak sempat nak cari bahan dan post untuk ampa semua

Alhamdulillah, kami dah selesai bertarung ( peperiksaan ) akhir,
dan dapat cuti selama 1 bulan 🙂

Eh, lari teruk topik, hohoho

Entri kami kali ni tentang masalah graphic card ATI yang tak serasi dengan Windows Vista atau 7.
Memang kita download guna Windows Update, masalah selesai.
TETAPI, ha ada tetapinya.
Kita nak setting graphic tu high perfomence or high quality ka tak boleh dan ” installControl Panel ATI tu kadang2 tak boleh.

Program ni boleh guna pada Windows XP, Vista, 7 dan 8 ( kami ternampak dalam forum depa ada keluarkan topik pasal Windows 8 xD )

Jadi ini penyelesaiannya.
BTW, software ini hak milik DriverHeaven.

Mula2, muat-turun program ni
Mobility Modder 

Lepas tu sila download ini pula
MSXML 6.0 ( tujuan install benda ni supaya mod tool tu running dengan lancarnya haa )

Marah ke download lagi? hehehe
kami janji ni last download. 
Driver Heaven Downloads ( tutorial ini untuk ” Graphic CardATI sahaja xD )

P/s : ampa download yang ATI tau, kami cadangkan yang latest 🙂

Ok, sekarang ampa duduk elok2 depan ” lappy ” tu,
ikut langkah2 ni.

Langkah 1

  1. Sila install MSXML 6.0. Sekejap saja install 🙂

Langkah 2

  1. Pastikan ampa tutup UAC ( User Account Control ) kemudian restart. Supaya mod tools ini berjalan dengan lancar. Tak tahu? Mari kami tunjukkan, 

Buka User Accounts, akan ada ni kan? klik yang kami tanda bulat tu ( eh bulat ka? -_- )

 Klik untuk kejelasan pemandangan xD

 P/s : ini screenshot untuk Windows 7 ( cewi boleh pakai Windows 7 kat laptop ” old school ” xD )

 Klik untuk kejelasan pemandangan xD

 Ini pula pada Windows Vista. Klik ” Turn User Account Control on or off “

Kemudian akan ada macam ni kan?
Screenshot di bawah ini untuk Windows 7


Klik untuk kejelasan pemandangan xD

Tarik bar tu turun bawah sekali ” Never notify ” untuk Windows 7,

Jika Windows Vista pula, untick ” Use User Account Contorl ( UAC ) to help protect your computer


Klik untuk kejelasan pemandangan xD

Langkah 3

Ampa kena install yang ampa download tadi tu.
ATI Catalyst 8.12 < kami punya 64-bit, jangan silap download dan install. hehehe
Sudah saja dia extract, ampa tekan cancel. Kita nak file dia sahaja xD

Ini contohnya

 Klik untuk kejelasan pemandangan xD

P/s : keluar macam tu cancel saja 😛 ( jangan bebai kata penat2 tunggu -_- )

Langkah 4

  1. Install Mobility Modder tu, ( akan ada shortcut kat desktop ampa ), buka program tu.
  2. Sila cari driver yang dah extract tadi. Contoh kami punya ” C:ATISUPPORT8-12_vista64_dd_ccc_wdm_enu_72276 “. 
  3. Kemudian tekan lah Modify tu. Tunggu sampai keluar countdown close. Jika cepat, cepat lah, jika lama, lama lah xD

Ini contoh screenshot kami xD

Klik untuk kejelasan pemandangan xD

 P/s : pastikan ampa punya tu sama macam kami tau. yang check2 tu.

Siap saja mod tu, kena folder driver yang dah diextract dan dimodkan tu.
klik Setup. Install macam biasa.

ADD : Jika naik warning tengah proses install tu just install sahaja, tiada masalah 🙂 ( tak silap kami, ampa tekan pilihan kedua. sebab yang atas tu ignore kot. maaf kami lupa T.T )

JANGAN LUPA REBOOT TAU!!! dan Selamat main game dengan sedapnya xD

Ini contoh kami punya.


Klik untuk kejelasan pemandangan xD

Sebenarnya kami dah cuba kat Windows Vista, main game boleh cun sebab setting ” High Perfomence “, teringin Windows 7 tu yang kami upgrade. Alhamdulillah, setting2 sikit kat BIOS berjaya upgrade ke Windows 7 Ultimate 64-bit ( kami pakai x64 sebab nanti nak upgrade ram xD ). Laptop kami HP Compaq nx6330. Ampa boleh pi check, ” old school ” punya, website rasmi HP mana ada driver untuk Windows 7, Vista ada, tapi jenis lain -_-

Ok lah, setakat di sini kami menaip,
InsyaAllah panjang umur, kita berjumpa lagi.
Selamat mencuba 🙂

P/s : sapa yang dah tau tu buat2 taktau na? xD

Sumber program di atas
Mobility Modder

Nota : Kami hanya penulis yang biasa, jika ada salah dan silap harap dimaafkan.

Saksikan perlumbaan di antara ATI dengan NVIDIA

 
 

 Peace :3

# ayah kami tegor post entri time2 ni xD

Mobile Ads

Exit mobile version