AMP Ads
Mobile Ads
Home Durian Buruk Drama Asing Tiga Siri Netflix Yang Berat Untuk Ditonton

Tiga Siri Netflix Yang Berat Untuk Ditonton

0
Mobile Ads

Hari ni abam nak kongsikan tiga siri di Netflix yang agak ‘deep’. Seperti biasa, apa yang abam kongsi pastinya terdiri dari thriller, horror, dan sci-fi.

Tanpa melengahkan masa, jom lihat tiga siri tersebut.

Paranormal

Paranormal

Paranormal ialah kisah di mana seorang professor bernama Refaat, cuba menidakkan kewujudan dunia paranormal dengan mengatakan kesemua yang berlaku ada penjelasannya.

Kedengaran seperti cliche, tetapi apabila cerita sudah bermula, kita boleh menelusuri jalan hidup Refaat bersama dunia paranormal dengan gaya yang jarang dipersembahkan.

Misteri demi misteri mula terungkai, sehingga berlakunya beberapa kematian.

Mujurlah Refaat bukan seorang penakut. Disebabkan itu kita mampu melihat situasi paranormal dari sudut berbeza.

Anda boleh tonton Paranormal di pautan:

https://www.netflix.com/title/80214886

Somewhere Between

Somewhere Between

Ini ialah cerita yang menggabungkan dunia multiverse dan time travel. Memang cukup menarik!

Siri mengisahkan mengenai Laura Price, seorang penerbit berita di San Francisco, cuba membantu polis memburu seorang pembunuh bersiri.

Malangnya, anak Laura diculik dan dibunuh oleh si pembunuh bersiri itu.

Laura membuat cubaan membunuh diri akibat terlalu bersedih. Tetapi Laura tidak mati, dan kembali ‘terjaga’ beberapa bulan ke belakang, iaitu sebelum kematian anaknya.

Dapatkah Laura menangkap si pembunuh sebelum kejadian anaknya diculik?

Anda boleh tonton Somewhere Between di:

https://www.netflix.com/title/80173623
Glitch

Glitch

Apa perasaan anda, jika anda melihat ada manusia yang telah mati, tetapi bangkit dari kubur?

Itulah dia premis cerita ini. Tujuh orang bangkit dari kematian masing² tetapi tidak mempunyai memori tentang hidup mereka sebelum ini.

Nak berjumpa dengan ahli keluarga? Sudah tentu sukar hendak dijelaskan bagaimana mereka ini hidup semula.

Hendak teruskan kehidupan? Mereka sudah pun direkodkan sebagai manusia yang telah mati. Jadi bagaimana?

Anda boleh tonton Glitch di sini:

https://www.netflix.com/title/80108495

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version