AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Android Sygic GPS Data & Map Downloader v11.2.0 – 11.2.6

Sygic GPS Data & Map Downloader v11.2.0 – 11.2.6

7
Mobile Ads

Anda menggunakan telefon bimbit pintar android dan ingin sekali mengembara? Mahukan perisian GPS yang unggul? Jangan bimbang. Sygic | GPS navigation adalah jawapan kepada keinginan anda.

Sygic ialah sebuah perisian pintar navigasi GPS dengan berpandukan kepada arahan bersuara. Sama seperti Garmin (yang biasa digunakan pada telefon bimbit Nokia), ia mempunyai peta yang akan disimpan pada memori telefon untuk kegunaan luar talian (offline).

Di sini saya ingin kongsikan sebuah perisian yang dapat memuat turun data dan peta secara percuma [Full Version Original]. Ssssyyyhhh…jangan bagitau dengan developers ok!

Apa yang perlu anda lakukan ialah muat turun fail:

1. Fail pemasang (installer) Sygic .apk. Contohnya saya gunakan versi terbaru iaitu 11.2.6. Anda boleh dapatkannya di sini : sygic_navigator_11_2_6.apk

2. Fail GPS Data and Map Downloader : aura_mapdownloader_1120to1126.rar

3. Jalankan fail GPS Data and Map Downloader. Anda akan dapat lihat paparan skrin seperti no 1 di atas. Klik pada Android.

4. Klik pada Download base files dan pilih peta negara Malaysia. Kalau anda sedang bermastautin di Zimbabwe, pandai-pandai la cari sendiri hoh!

5. Tunggu sehingga kesemua fail selesai dimuat turun. Pergi kepada direktori anda muat turun fail tersebut. Saya sarankan ubah direktori pada desktop supaya senang untuk dicari. Di situ anda akan mendapat satu folder dengan nama ‘Aura’. Salin ia ke dalam SD card telefon bimbit anda. Jangan lupa juga salin fail pemasang (pada step 1) itu tadi.

6. Buka telefon bimbit anda dan jalankan fail .apk itu memasang Sygic.

7. Apabila telah selesai pemasangan, akan muncul dua pintasan (shortcut) iaitu Sygic dan Sygic Downloader. Jalankan Sygic Downloader terlebih dahulu. Sila pastikan anda mempunyai sambungan ke internet. Ia akan memuat turun data yang kecil untuk mengesahkan peta dan data anda. Jika tidak berlaku apa-apa pun jangan bimbang, jangan menangis, dan jika terdapat arahan untuk memadamkan peta serta data, jangan lakukan!

8. Sekarang keluar dari Sygic Downloader dan jalankan Sygic. You’re good to go!

Mobile Ads
7 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Yg ni kne wt kt computer ke enset???

Kt hp. Ko install dulu apk file tu. Pastu ikut arahan yg kuar. Pernah buat kt hp aku, tp dh lupa sikit. Pasal file aura_mapdownloader tu ko unzip n copy kt memory kad@ internal memory. Apa pun ko cuba download dr navitotal papago m9 for android. Yg ni 10x lebih baik dr sygic. Database lebih besar. Lastly… Sory kalau penjelasan kurang bermutu.

Aku guna papago android m9. Lebih update map dr sygic. Boleh download dr navitotal. harap ini lebih membantu

Ko guna papago m9 android kat hp apa?

Ko guna papago m9 android kat hp apa?

Papago satelit x betul

Cemane nak update eeekh…nak gi puncak alam tk de kat sygic

wpDiscuz
Exit mobile version