Super Me (2021)

Pernahkah anda terfikir dan mengalami satu mimpi yang terasa sangat ‘benar’, sehingga apabila terjaga anda masih terasa kesannya? Pernahkah juga anda terfikir bahawa ada masanya, anda seakan mahu bawa pulang barang yang anda jumpa dalam mimpi sekiranya anda berkebolehan untuk melakukannya?

Itulah dia tema dalam filem Super Me.

Merupakan sebuah filem seram-psikologi, ia menggabungkan unsur-unsur mistik, supernatural, dan unsur alam (logik) bagi mewujudkan persekitaran yang mencurigakan dan penuh dengan tanda tanya.

Menonton Super Me, ibarat menonton sebuah filem yang diterjemahkan melalui jalan cerita komik.

Filem ini dilakonkan oleh Darren Wang yang memegang watak sebagai Sang Yu, seorang penulis yang mempunyai situasi rumit dalam hidupnya, apabila dia seringkali mengalami mimpi ngeri. Kariernya sebagai penulis semakin ditinggalkan ke belakang, lalu Sang Yi dibebani dengan hutang.

Dalam mimpinya itu, terdapat satu entiti misteri yang selalu cuba untuk membunuh Sang Yu dengan menggunakan pelbagai jenis senjata purba. Tetapi selepas berlaku pertemuan dengan seorang penjual makanan di tepi jalan, Sang Yu menemui jalan penyelesaian untuk terus terjaga dari mimpi ngerinya.

Namun, dia juga mendapati bahawa sebaik sahaja terjaga, senjata yang digunakan untuk membunuhnya berjaya dibawa keluar ke alam nyata. Disebabkan senjata itu mempunyai nilai antik yang tersendiri, Sang Yu yang sememangnya sedang bergelut dengan situasi kewangan, menjual senjata itu kepada kedai pajak gadai.

Dari situ, Sang Yu ibarat terjumpa cara mudah untuk menjadi kaya. Dalam sekelip mata hidupnya berubah, dari selekeh, kini menjadi seorang lelaki yang kemas dan bergaya.

Tetapi.. seperti biasa kebahagian ini tidak lama. Kekayaan serta-merta pasti mengundang beberapa mata yang tidak senang melihatnya.

Anda ingin tahu apakah kesudahan hidup Sang Yu?

Tonton filem Super Me di pautan: https://www.netflix.com/title/81335928

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x