Adsense
Utama Ulasan Aplikasi SmartTubeNext: Klien YouTube Dengan Ciri Tambahan Untuk Android TV

SmartTubeNext: Klien YouTube Dengan Ciri Tambahan Untuk Android TV

0

Klien YouTube untuk Android TV bukan tak elok, cuma masih belum cukup ‘umph‘ untuk para ‘geek‘ dan ‘nerd‘ yang kepingin hendak mengubahsuai tetapan mengikut citarasa.

SmartTubeNext hadir mengisi kelompongan itu. Ia merupakan klien sumber terbuka untuk YouTube, disasar kepada Android TV.

Antaramuka yang kemas.
Pemain video juga tampak kemas dengan pelbagai pilihan fungsi.

Aplikasi ini ada pelbagai ciri tambahan seperti kebolehan untuk menukar resolusi yang menggunakan codec AVC (H.264), meninjau saluran yang telah dilanggan, menukar kelajuan main semula, dan sebagainya lagi.

Susunan video tidak bercelaru. Senang untuk dilihat.
Menyokong pelbagai kualiti video.
Turut juga menyokong codec YouTube vp9 untuk penggunaan data yang lebih cekap.
Sesuai untuk Android TV.

Kalau di aplikasi YouTube, selepas habis main semula dan kita menekan butang kembali, ia akan ‘refresh‘, lalu mana-mana video yang kita bercadang hendak tonton selepas itu akan ‘hilang’.

Perkara ini tidak berlaku pada aplikasi SmartTubeNext.

Tak lupa juga ia ada ciri ‘pop-up player‘, yang memberi peluang kepada anda untuk melihat video lain, sambil menonton video semasa yang sedang dimainkan.

Walaupun masih diperingkat beta, ia boleh dikatakan stabil, dan tidak ada isu lag atau crash. Buat ‘YouTube addicts‘, aplikasi ini adalah jawapan yang anda cari selama ini untuk Android TV.

SmartTubeNEXT.

Muat turun:

https://github.com/yuliskov/SmartTubeNext

#GengStreaming #CutTheCord #CutTheCable #SmartTubeNext #KakiYouTube

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version