AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Simpan Segala Dokumen Secara Automatik Dengan Microsoft OneDrive

Simpan Segala Dokumen Secara Automatik Dengan Microsoft OneDrive

0
Mobile Ads

Hari ni abam nak kongsi mengenai OneDrive.

Dalam senarai kawan abam di FB, ada ramai di kalangan mereka yang merupakan novelis dan kartunis. Mereka seringkali memerlukan sandaran untuk fail penting seperti fail novel yang sedang dikarang, atau fail projek lukisan komik.

Ada satu cerita yang agak sadis dan kelakar dalam masa yang sama. Novelis ini sudah hampir menyiapkan novelnya, dan seperti biasa laptop dibiarkan atas meja. Tetapi beliau terlupa, yang beliau mempunyai seekor ‘Garfield‘.

Kita sedia maklum, kucing akan melakukan ‘onar’ kadangkala, tambah lagi jika tidak dilatih untuk membuang air dalam bekasnya sendiri. Nak dijadikan cerita, Garfield beliau buat onar berhampiran dengan laptop, lalu hanguslah laptopnya siap bersama novel dikarang.
Paling sedih, novel belum sempat disimpan lagi – kerana beliau tidak tahu ada cara lebih mudah untuk membuat sandaran atau ‘backup‘. Mengapa kita perlu bergantung kepada manual backup, jika kita ada ‘auto‘ backup?

Caranya pun mudah sahaja. Anda hanya perlu log masuk ke dalam aplikasi OneDrive pada sistem operasi Windows, dan salin fail yang anda hendak simpan ke dalam bahagian tersebut.

Nak rasa lebih mudah lagi? Log masuk ke dalam Microsoft Word, dan anda akan dapat fungsi ‘AutoSave‘. Oleh itu anda tak perlu ada rasa bimbang untuk fail-fail yang sedang diuruskan. Fungsi simpanan dalam OneDrive dan AutoSave mampu menyelamatkan sebarang tugasan dari dihanguskan oleh encik Garfield yang nakal itu.

Salah satu ciri OneDrive yang menarik untuk digunakan ialah Personal Vault. Ini adalah satu ruangan terasing yang boleh dilindungi menggunakan aplikasi Microsoft Authenticator.

Tiada sesiapa dapat suka-suka membuka folder tersebut tanpa kebenaran anda.

Amacam novelis/kartunis/lain² sekalian?

Abam harap dengan sedikit perkongsian ini, ia mampu mengubah hidup anda agar tidak lagi diselubungi onar kucing mahupun sebarang jenis cecair yang dapat menjahanamkan laptop anda

*Abam pilih OneDrive kerana ia ada ‘seamless integration‘ dengan Windows 10 dan produk Microsoft lain seperti Microsoft Office. Storan OneDrive percuma ialah 5GB. Kalau tak cukup, boleh langgan plan bersesuaian dengan keperluan.

**Tips ini boleh juga diaplikasikan untuk storan awan lain seperti Google Drive, Dropbox, Mega, Treasure, dan lain-lain. Asalkan anda belajar cara untuk buat penyelarasan pada desktop menggunakan storan pilihan, InsyaAllah di masa akan datang anda tak perlu bimbang tentang sandaran lagi.

Selamat mencuba gais.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version