Cara Sekat Iklan, Malware, AdWare dan Phishing Pada Android Dengan Mudah Tanpa Root dan PC
Boleh guna cara ni untuk sekat iklan dan popup di telefon Android masing-masing. Balik kampung nanti boleh tolong buatkan pada telefon mak ayah. Telefon warga senior selalu penuh dengan popup sebab tekan link macam-macam. Boleh guna Private DNS.
Caranya:
- Tekan Setting
- Pergi ke Connection & Sharing
- Cari pilihan Private DNS
- Tetapan asal telefon adalah Auto. Pilih pilihan Private dan masukkan alamat DNS pilihan anda.
- Saya gunakan “dns.adguard.com”. Tekan save.
- Bila nama DNS sudah keluar dan tiada amaran, anda sudah selesai menukar DNS telefon anda.
- Jika keluar amaran “Can’t connect” atau intetnet tidak berfungsi, boleh cuba hidupkan Airplane Mode dan matikan semula.
- Jika masih tak ada internet, boleh cuba restart telefon anda.
- Jika internet dan line masih tak berfungsi, berkemungkinan besar DNS tersebut telah disekat telco atau penyedia internet anda.
- Boleh cuba DNS yang lain pula.
Ada banyak pilihan server DNS untuk digunakan. Ada yang fokus privasi, ada yang fokus perlindungan, ada yang mengawal kandungan dewasa. Boleh cari senarai DNS sekiranya anda ingin mencuba DNS lain.
Iklan Google