AMP Ads
Mobile Ads
Home Durian Buruk Three Billboards Outside Ebbing, Missouri: Sebuah Paparan Komedi Gelap Dalam Filem

Three Billboards Outside Ebbing, Missouri: Sebuah Paparan Komedi Gelap Dalam Filem

0
Mobile Ads

SINOPSIS

Seorang ibu yang kecewa bertindak mencabar polis tempatan untuk menyelesaikan pembunuhan anak perempuannya apabila mereka gagal menangkap pembunuh tersebut. Filem ini membariskan pelakon seperti Frances McDormand, Woody Harrelson, Sam Rockwell, John Hawkes, dan Peter Dinklage.

ULASAN

Sekalung tahniah kepada Penulis/pengarah Martin McDonagh (Seven Psychopaths, In Bruges) kerana telah berjaya dengan filem ini. Tidak hairanlah jika pelakon mereka mendapat anugerah Oscar kerana lakonan mereka sungguh mantap dan bertenaga.

Pada dasarnya, filem ini sebenarnya sangat berkesan, daripada lakonan sehingga penulisan skrip, Martin McDonagh telah memberikan yang terbaik. Tidak kurang juga saya memberikan pujian kepada Mildred Hayes (Frances McDormand), Dixon (Sam Rockwell) dan juga Willoughby (Woody Harrelson) kerana berjaya menghayati watak masing-masing.

Pada jangka masa anda menonton filem ini, sememangnya plot dan jalan cerita berkembang dengan baik sekali. Dan paling penting, penamat cerita ini tidaklah anda akan rasa sama seperti cerita lain yang anda tonton.

Saya nampak satu kesukaran apabila membuat filem seperti ini adalah mengimbangi di antara drama dan komedi. Tetapi dalam filem ini anda akan dapat keseimbangan yang bagus. Ia penuh dengan unsur perkataan kasar dan lucah dalam lawak tetapi setiap babak komedi yang ada ialah satu perkara yang anda tidak boleh lupakan selepas menonton.

Setiap watak dalam filem ini memang ada peranan masing-masing. Setelah anda selesai menontonnya, anda akan membandingkan diri sendiri, adakah anda masih sebenarnya mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi? Tidak ada satu watak dalam filem ini seperti watak klise yang biasa kita lihat, seperti mana filem yang telah pun kita tonton sebelum ini.

Pada akhir filem, masih ada sebuah keadilan walaupun semua dendam dan amarah manusia yang dipaparkan hanyalah disebabkan papan-papan tanda.

PENUTUP

Filem jenaka gelap terbaik yang saya pernah tonton ketika ini. Filem ini akan membuatkan anda menangis, gembira dan berfikir seketika tentang diri sendiri. Berbeza dengan filem lain kerana filem ini sangat dekat dihati.

Oleh itu OMG Hackers memberikan penarafan Durian Buruk sebanyak:

8/10

Jumpa lagi pada ulasan filem akan datang!

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version