AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Sebab Solid-State Drive(SSD) Mahal

Sebab Solid-State Drive(SSD) Mahal

1
Mobile Ads

Ramai peminat komputer yang tertanya-tanya kenapa harga sebuah
solid-state drive (SSD) sangat mahal mengalahkan meriam antik sedangkan
hard disk drive (HDD) tu pun hanya iras iras harga gula gula. Sebenarnya
banyak sebab kenapa harganya tersangat mahal kerana ia berkaitan dengan
teknologi dan juga pengguna itu sendiri.

Mengikut kenyataan Micron yang merupakan pengeluar komponen-komponen
semiconductor, SSD mengunakan teknologi NAND Flash yang sangat mahal
jika dibandingkan dengan DRAM. Secara ringkasnya, komponen yang
digunakan dalam SSD adalah sangat berprestasi tinggi jika dibandingkan
dengan yang di gunakan dalam penyimpan data USB ataupun memroy card.
Proses pembuatan SSD yang tersangat rumit juga menyumbangkan kepada
kenaikan harga kos dan secara tidak langsung menaikkan harga pasaran.
Sebagai contoh, SSD perlu menjalani ujian compatiblity dan stability 
yang membantu dalam menaikkan kos pembuatan.

Bagi yang pernah mempelajari ekonomi, harga SSD yang seperti lalang
itu melambung tinggi berubah mengikut angin prinsip permintaan dan
bekalan (demand & supply). Oleh kerana permintaan yang kurang dan
pasaran yang suam suam kuku, penjual hanya mendapat keuntungan yang
sedikit jadi mereka terpaksa menaikkan harga untuk menampung harga
modal. Oleh kerana harga yang tinggi ini, ia menjejaskan kadar
permintaan di kalangan pengguna kerana mereka boleh dapatkan storage
yang besar dengan harga yang rendah.

Adalah tidak terjangkau keupayaan pengeluar SSD untuk menyaingi
pengeluar HDD dalam pasaran komputer peribadi desktop kerana faktor
harganya yang mencecah langit menyebabkan pengeluar mencari pasaran yang
mempunyai saingan yang rendah iaitu smartphones dan tablet. Rekabentuk
smartphone dan tablet yang padat, nipis serta mudah alih itu terpaksa
menggunakan SSD sebagai komponen penyimpanan datanya berdasarkan bentuk
fizikal SSD yang ramping dan jauh lebih ringan. Kejayaan dalam pelaburan
pasaran iPad dan Android membuktikan bahawa pembuatan SSD untuk
kegunaan alatan mudah alih lebih untung dari pengeluaran simpanan data
untuk komputer peribadi desktop.

Keputusan gergasi pengeluar-pengeluar HDD seperti Western Digital,
Samsung dan Seagate untuk mengeluarkan SSD dijangka akan menghangatkan
lagi pasaran SSD yang sangat merangkak rangkak. Keputusan ini dibuat
kerana prestasi kerja SSD dalam kelajuan proses simpanan datanya yang
jauh lebih tinggi dari prestasi HDD.

Sumber

Mobile Ads
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Salam..sorry lari tajuk..sy nk tumpang tnya ni..baru2 ni laptop sy screen dia gelap..on boleh,lampu kt keyboard menyala..kipas pusing..cdrom boleh eject..ape mslahnya ek..ni simptom2 mula sblom terjadi:
1.screen gelap,tapi tidak terpadam.masih di dalam window.cuma lampu screen gelap.
2.tak lama lepas tu kluar BSOD(atikmpag.sys).mula2 boleh bukak.slpas berapa mnit jdi BSOD.
3.Sy cuba on pkai linuxmint.mula2 ok.xlama kluar garis2 merah+hitam dan panic massage..
4.screen langsong x boleh hidup.cuma lampu KEYBOARD menyala,tapi sy cuba smbung ke tv,boleh pakai lagi..
5.xlama lps tu,ade garis2
merah+hitam jugak kat tv tu(HDMI).
skrang langsong x dpt detect kat tv dan screen gelap kat laptop.ape masalahnya ek.please..kalau ade sape2 tahu..boleh kasi klu skit ape yg rosak..sy cuma nak tahu.model laptop Hp G42-381TX..

wpDiscuz
Exit mobile version