ReviOS: Windows 10 Dengan Privasi?
AMP Ads
Mobile Ads
Home Ulasan Perisian ReviOS: Windows 10 Dengan Privasi?

ReviOS: Windows 10 Dengan Privasi?

0
Mobile Ads

Windows 10 dan privasi tidak sepatutnya ‘dikahwinkan’ dalam satu perkataan. Tetapi itulah dia percubaan oleh pembangun ReviOS yang mengatakan mereka berjaya membuang semua unsur telemetri, dan mengoptimumkan sistem operasi itu untuk aktiviti permainan video.

ReviOS membawakan satu sistem operasi yang ringan kepada peranti, efisien, dan memberi kependaman rendah agar gamers dapat memanfaatkan prestasi sistem dengan sepenuhnya.

Dari sudut privasi, pelbagai komponen Microsoft dibuang, seperti klien telemetri (Asiimov), Cortana, dan Windows Update. Dalam versi terbaru iaitu 20H2, fungsi Windows Update ini dimasukkan semula, tetapi harus diaktifkan secara manual.

Kemas kini kumulatif dan kemas kini kecil lain ditangguhkan selama beberapa hari, untuk mengelakkan pepijat hari ke-0 (zero day vulnerability exploit) dan untuk meningkatkan kestabilan, manakala kemas kini ciri (feature updates) ditangguhkan selama 365 hari.

Kalau ditanya kepada kami, kami masih lagi lebih menggalakkan untuk anda pasang Windows 10 asal, dan kemudian buatlah apa jua ‘tweaks‘ yang anda mahu, kerana setakat ini Windows masih proprietary, dan siapa dapat menjamin pembangun ini tidak meletakkan sesuatu yang kita tidak mahu, contohnya perisian melombong ataupun malware.

Tambahan lagi, jika benar anda mahukan privasi, lebih baik pasang saja Linux. Usah dikeluarkan alasan yang mengizinkan kemalasan anda untuk belajar Linux supaya anda ‘bedal’ sahaja OS lain asalkan ia masih Windows.

Apa pun, jika anda ingin mencuba, anda boleh muat turun ISO ReviOS di: https://www.revi.cc/revios/download

*Penafian: Kami tidak menggalakkan sebarang pemasangan dan penggunaan sistem operasi yang telah diubahsuai. Artikel hanya sekadar perkongsian info.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version