RAM Maya Dalam Telefon Pintar: Membantu Atau Hanya Sekadar Gimik?

Gambar dari: KopiTekno.

Pada ketika ini, apabila anda pergi membeli sebuah telefon pintar, anda akan mendengar pelbagai ‘suara’ yang memperkatakan mengenai ciri RAM Maya/Virtual (atau Dynamic RAM Expansion, atau boleh juga dikenali sebagai Extended RAM). Ciri ini menjadi sesuatu yang diingini oleh ramai pengguna, walaupun mereka belum tentu faham erti sebenar sesuatu yang digelar sebagai ‘maya’.

Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru. RAM maya sudah lama dapat dilihat pada PC, cuma di era baru teknologi, telefon pintar juga ingin memasukkan RAM maya sebagai salah satu ‘ciri jualan’, kerana semakin ramai pengguna (terutamanya gamers) yang menginginkan ‘RAM besar’. Cubaan menambahkan RAM mungkin juga menambah kos kepada syarikat, oleh itu penyelesaian termudah ialah implimentasi ciri RAM maya – tiada sebarang wang diperlukan.

RAM ialah memori yang mempunyai ciri kepantasan – lebih pantas dari apa jua jenis storan sekalipun. Apabila sesuatu aplikasi dibuka, ianya dipanggil sebagai ‘proses’. Proses-proses ini disimpan dalam latar pada memori fizikal RAM. Atas sebab itu, apabila aplikasi dibuka, ie dapat dimulakan dengan cepat. Manakala RAM maya pula adalah satu bentuk di mana sebahagian daripada storan dalaman telefon digunakan sebagai ‘RAM’.

Dalam bahasa mudah, sekiranya telefon anda mempunyai 6GB RAM dan 128GB storan, apabila ciri RAM maya sebanyak 2GB digunakan, anda kini secara teknikal mempunyai ‘RAM’ sebagai 8GB, dan 126GB ruang storan.

RAM maya ‘meletakkan’ sebahagian daripada storan dalaman telefon untuk menyimpan fail sementara dan digunakan semula, apabila lebih banyak RAM diperlukan oleh sistem. Apabila banyak proses dibuka secara serentak, sebahagian besar RAM digunakan oleh sistem. Dalam situasi seperti ini, apabila RAM sedia ada sudah mula penuh dengan proses, RAM maya bertindak menjadi RAM sandaran dengan memuatkan aplikasi yang dibuka.

Tanpa ciri ini pun, sebenarnya sistem operasi Android mempunyai satu kaedah lain yang dipanggil sebagai proses pengoptimuman RAM. Sekiranya telefon tersebut tiada ciri RAM maya, apabila RAM hampir penuh, Android akan memadam fail-fail sementara yang berkaitan pada latarnya. Ini akan membenarkan anda untuk menggunakan aplikasi baru, tetapi disebabkan itu, apabila anda cuba memulakan semula aplikasi sebelumnya, ia akan mengambil sedikit masa untuk dibuka. Kesan ini dapat dirasai sekiranya anda kerap menggunakan ciri tugas-berbilang atau ‘multi-tasking’.

Bagaimanapun, haruslah diingat, RAM maya tidak meningkatkan jumlah saiz RAM pada peranti. Jika dilihat pada prestasi, RAM fizikal akan sentiasa lebih pantas berbanding RAM maya, bahkan melangkaui kelajuan UFS 3.1, iaitu teknologi storan terpantas pada ketika ini. Oleh itu, RAM maya bukanlah ‘pengganti’ kepada RAM fizikal. Ia selayaknya digunakan sebagai memori sandaran. Sebuah telefon dengan 8GB RAM fizikal akan sentiasa memberi lebih prestasi yang tinggi berbanding telefon dengan 6GB RAM fizikal dan 2GB RAM maya.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x