AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Pra Tonton Teknologi Elementary OS Luna

Pra Tonton Teknologi Elementary OS Luna [Download Daily Build ISO]

0
Mobile Ads

Elementary Team adalah pencipta kepada sistem operasi berasaskan Ubuntu yang diberi nama sebagai Elementary OS. Ya, memang sudah banyak sistem operasi Linux berasaskan Ubuntu sehingga ‘muak’ jadinya. Sekiranya hendak disebut satu-persatu, mungkin anda akan jadi keliru dalam memilih yang terbaik. Namun, suka hendak diingatkan di sini, Elementary OS mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Ia sememangnya distro derivatif dari Ubuntu, namun ia tidak seperti derivatif yang lain. Ia bukan seringkasnya hanya menukar tema, menukar beberapa perisian lalai dan kemudian terus ‘mengaku anak’ kepada Ubuntu. Tidak, ia bukan seringkas yang disangkakan. Tambahan lagi, Elementary OS yang bakal dirilis selepas rilisnya Ubuntu 12.04 Precise Pangolin, iaitu Elementary OS Luna menampilkan beberapa ciri menarik yang bakal menyukarkan anda membuat pilihan antara Ubuntu 12.04 atau Elementary OS Luna! Kenapa begitu sukar?

Gambar dari Linux Addict (Sorry bro, forgot to add the link to your blog!)

Antara yang membuat pendatang baru akan tertarik dengannya ialah ciri PANTHEON SHELL desktop environment. Ia memang tampak berbeza sekali dari Gnome Shell, apatah lagi Unity, mahupun MATE Desktop. Mahu lihat bagaimana ia beraksi? Tonton video di bawah.

Menawan bukan? Seperkara lagi yang menjadi kelebihan kepada Elementary OS Luna ialah prestasi serta kelajuan, iaitu satu perkara yang mungkin hampir dilupakan oleh pembangun Ubuntu.

Dapat dilihat di situ betapa pantas sekali setiap satu aplikasi dapat dijalankan tanpa perlu menunggu lama pada waktu mulanya (startup). Video di atas adalah video lama ketika Elementary OS Luna masih berasaskan Natty Narwhal. Elementary OS Luna yang bakal dirilis akan berasaskan Precise Pangolin seperti yang anda dapat lihat pada video yang pertama!

Perlu diingatkan di sini, jika anda mahu mencuba Elementary OS Luna yang masih dalam peringkat pembangunan pada waktu ini, ia pasti terkandung bugs yang menjengkelkan. Jadi sekiranya anda masih mahu mencuba, sila gunakan Virtual Machine seperti VMWare atau Virtualbox. Sebarang kerosakan akibat mencubanya pada mesin produktif adalah atas risiko sendiri (serammm neeehhh!)

Anda perlu tahu sebab mengapa Mr.Hac katakan ia bukan derivatif ‘cincai’ kerana selain pembangunnya yang konsisten mengubahsuai kod sumber Ubuntu, membangunkan Pantheon Shell Desktop Environment, mereka juga mencipta beberapa aplikasi/perisian lain seperti Marlin File Browser dan juga pemain muzik Beatbox. Gempak der!

Muat turun : Elementary OS Luna Daily Build
Atau di sini : Download

Mobile Ads

Exit mobile version