Permainan RPG Flare Memasuki Ubuntu Software Center [12.04]

Flare, singkatan dari Free Libre Action Roleplaying Engine, ialah sebuah enjin permainan yang dibina untuk mengendalikan permainan spesifik iaitu pemain tunggal aksi 2D RPG. Flare bukan binaan semula dari permainan sedia ada (Contohnya Diablo), cuma ia dibina atas dasar sumbangan kepada genre permainan RPG.

Berikut adalah paparan skrin dari versi 0.15:

Ini pula video dari versi 0.15:

Flare masih lagi dalam proses pembangunan yang pesat. Meskipun ia merupakan sebuah enjin kepada permainan, ia telah berevolusi menjadi permainan penuh seperti yang dapat anda lihat pada video di atas. Flare masih belum terdapat untuk Linux pada laman web rasminya. Cuma buat mereka yang bakal menggunakan Ubuntu 12.04, ia telah berada dalam repository rasmi, jadi anda cuma perlu mencari Flare dalam Ubuntu Software Center.

Untuk memasangnya pada Ubuntu 11.10 ke bawah, anda boleh cuba cara ini:

1. Muat turun kod sumbernya dari SINI.

2. Permainan ini memerlukan dependencies -> SDL, SDL image, dan SDL mixer. Buka Terminal dan jalankan baris perintah di bawah untuk memasangnya:

sudo apt-get install libsdl1.2-dev libsdl-image1.2-dev libsdl-mixer1.2-dev cmake

3. Kemudian, arahkan ke folder kod sumber yang telah anda ekstrak dan jalankan:

cd build
cmake .
make

4. Setelah siap, anda akan memperoleh satu fail executable dalam folder tersebut. Jalankan ia dan anda sudah sedia untuk bermain!

5. Tunggu apa lagi ni? Dah, dah.. Takde lagi dah.. Pergi la main!

Mr.Hac: Jika ada antara pembaca yang merasakan blog ini sudah tidak lagi menarik (seperti yang dikatakan seorang hamba Allah pada shoutbox), sila beredar dengan segera dari sini. Mr.Hac mengalu-alukan kedatangan orang yang ingin membaca, manakala yang tidak ingin, jangan kata apa-apa, senyum..dan tutup segera tab pelayar web anda. Blog ini tidak menjana keuntungan pun kepada Mr.Hac. Jadi tak perlu nak demand tinggi dengan para penulis di sini. Ia diasaskan oleh Mr.Hac, dan kalau Mr.Hac nak tukar genrenya kepada BLOG LINUX atau BLOG PERIBADI sekalipun, anda tidak berhak mempertikai keputusan yang dibuat. Terpulang kepada penulis jemputan untuk memeriahkan lagi blog ini dengan artikel mereka. No more hacking for newbies, kerana Mr.Hac sudah serik dipijak kepala oleh anak Melayu yang tak sedar dek untung.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img