Penunggang Agama: Sedikit Teguran Dan Pandangan

Tak dinafikan, saya memang minat dengan idea Syafiq (dan Syamsul, of course) dari waktu beliau mula membuat filem pendek di YouTube lagi. Gaya pengarahannya memang lain dari yang lain. Tetapi beliau tidak lari dari beberapa idea klise yang sedikit sebanyak mampu ‘merosakkan’ mood cerita.

Ada sedikit ‘cuitan’ ingin saya catatkan di sini, dan ini tidak hanya terhad kepada beliau sahaja. Mungkin pengarah lain dengan ‘style’ yang sama boleh ‘take note’.

Saya mungkin bukan siapa-siapa, tapi selaku kipas-susah-mati, kita perlu tegur mana yang patut supaya pihak yang sepatutnya ubah atau tambah baik dapat membuka mata.

Antara yang saya nampak masih berlaku dalam filem beliau ialah:

1. Kenapa bila tiba bab nak menggambarkan ‘Islamik’, kita kena pakaikan pelakon itu kopiah, serban, jubah, baca Quran ramai-ramai, sembahyang, atau buatkan wataknya ‘balik dari Al-Azhar’?

Idea ini sama sahaja klisenya dengan idea ‘anak Dato baru balik belajar dari London’, atau ‘awal pagi nak pergi mesyuarat sambil usung bag besar’.

Apakah ‘Islamik’ hanya sekadar perwatakan itu?

2. Kenapa bila ada watak orang membawa ajaran sesat, ianya perlu ditokok-tambah atau diperbesar-besarkan sehingga tidak logik?

Sebagai contoh, watak ‘Tok Haji’ dalam filem Penunggang Agama digambarkan sebagai orang yang memuja Baphomet, lengkap dengan Pentagram.

Dalam hal ini, Syafiq boleh buat kajian antara contoh dukun kontroversi ‘terbaik’ untuk dibuat sebagai rujukan ialah dukun Ahmad Suradji, yang telah membunuh 42 orang wanita di kebun tebu beliau, dalam usaha untuk meningkatkan kuasa sakti.

Suradji tidak ada tatu Baphomet di badannya.

Tiada juga Pentagram di dinding rumah.

Perwatakan dan penampilan Suradji tampak seperti lelaki biasa, tetapi apa yang pernah dilakukan olehnya sangat luar biasa.

Beliau menguburkan mangsa hingga ke paras pinggang terlebih dahulu sebelum mencekik mereka sehingga mati, lalu terus menguburkan badan mereka dengan kepala diarahkan ke rumahnya.

Tidak lupa juga Suradji meminum air liur mangsa, dipercayai untuk menambah kesaktian.

3. Kenapa dialog dilontar tidak bersandar di bumi nyata?

“Matilah kau dalam kekufuran!”

Alahai. Faham, Tok Haji tu membawa watak pemuja iblis, tapi dialognya kalau pun dah bunuh orang, adakah perlu dibuat seakan percubaan untuk lontaran ‘dialog bertema Islamik’?

Kalau Tok Haji sekadar berkata “Matilah engkau sebagai korban,” pun dah lebih dari mencukupi. Kita nak bagi orang memahami konteks ajaran sesat, dan itulah yang patut dilakukan.

Mungkin setakat ini sahaja pemerhatian saya terhadap filem ini. Sedikit sebanyak apa yang pernah dilihat dalam Munafik 2 dulu ada dalam filem ini, iaitu ‘exaggeration’ untuk watak pengikut ajaran sesat, dan dialog yang kedengaran agak ‘cringe’.

Diharap agar Syafiq boleh menerima pandangan ini dan menambah baik lagi kualiti filem beliau di masa akan datang. Terima kasih sekiranya anda ada membaca coretan pendek ini.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x