OxygenOS 5.0, ROM Tiris Untuk OnePlus 5, Ada Face Unlock?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai OnePlus.
Pengguna OnePlus 3/3T pasti sudah merasai OxygenOS yang halal, iaitu Official dan Open Beta kan?
Bagi pengguna OnePlus 5, kami merasa versi tiris ni ja la dan ini merupakan versi tiris kali ke-2 untuk OnePlus 5.

Sembang banyak tak guna, pasti ampa tak sabaq nak pasang kan?
Jangan risau, locked bootloader (dara/teruna) pun boleh pakai apatah lagi unlock bootloader. ?
Saya nak tekankan kat sini, saya tak tanggungjawab sekiranya peranti ampa tu meletup ke, jadi Ultra Instinct ka atau tersedak ka. ?

Apa yang menarik dalam OxygenOS 5.0 pada OnePlus 5?

  • Semestinya Android 8.0 Oreo.
  • Kamera baru, versi 2.5.2. (watermark berfungsi weh, serta bebas ralat rakaman video)
  • Galeri baru, versi 2.0.33 (eh haritu bukan ka 2.4.17 ?).
  • Pengurus Fail baru, versi 1.7.5.17xxxxxxx (panjang da nombor dia)
  • OnePlus Launcher baru, versi 2.2.0.
  • Ralat² sebelum ini ada yang dah dibaiki.
  • Boleh rujuk sini, tak beza jauh sangat. ?
Benda yang ampa perlukan ialah :
Sebelum nak masuk bab pemasangan, nak cerita pasal pemasangan bersih dan pemasangan kotor. Terpulang lah pada ampa nak ikut ke tak. ?
Pemasangan bersih (Clean flash)
  • Harus dilakukan jika versi Android berbeza. (Seperti dari Nougat nak ke Oreo ka)
  • Kalau pakai Custom ROM, nak tukar ROM lain pun kena buat juga.
  • Bagi Locked Bootloader, masuk mod recovery>Wipe data and cache>Erase everything. Kalau ampa lakukan ini, segala harta karun dalam internal storage hilang, macam phone baru beli. ?
  • Bagi Unlock Bootloader, masuk mod recovery>Wipe>Advance Wipe>tick semua kecuali Internal Storage dan OTG. Jangan risau segala fail dalam internal storage masih lagi ada, cuma aplikasi dan lain² ja la takda. ?
Pemasangan kotor (Dirty flash)
  • Tidak digalakkan melakukannya kecuali jika ROM yang sama.
  • Selalunya dilakukan apabila ada kemaskini ROM yang tengah guna.
  • Bagi Locked Bootloader, masuk mod recovery>Wipe data and cache>Wipe Cache. Kalau ampa kemaskini ROM. Kasi segar sikit. (saya tak pasti cara ni sebab lama dah tak guna ?)
  • Bagi Unlock Bootloader,  masuk mod recovery>Wipe>Advance Wipe>tick wipe cache dengan dalvik tu ja tau.
Cara pemasangan bersih bagi Locked Bootloader:
  1. Pasang dahulu ROM OxygenOS 4.5.14 pada peranti ampa (pemasangan bersih tau). Pastikan ampa backup dulu semua data (WhatsApp sila backup dekat Google Drive, jika tidak jadi macam saya chat hilang hahaha).
  2. Pindahkan fail OxygenOS 5.0 dekat root folder. (Root folder tu yang luar folder, jangan letak dalam folder)
  3. Tekan logo skru tu, kemudian ambik Local Upgrade dan tekan fail OxygenOS 5.0 tu.
  4. Selesai sahaja proses dia tu, dia akan reboot dan keluar tulisan kuning satgi tekan butang volume dan masuk Recovery Mode.
  5. Dekat Recovery satgi, ambil Wipe data and Cache>Erase everything>Continue. (Lepas proses ni, segala data yang ada dalam phone akan hilang. Tu la dah pesan backup awal2 ?)
  6. Lepas tu reboot lah (tekan butang back sebelah butang home, back belah kanan tau), dan selesaikan Setup Wizard tu dan TAHNIAH, ampa dah pakai ROM OxygenOS 5.0 versi tiris.
Ini pula pemasangan bersih versi TWRP dan Root dengan Magisk v14.3 bagi Unlock Bootloader:
  1. Sama macam cara di atas tu, cuma buat sampai No.4, tapi kena masuk Fastboot Mode, bukan Recovery Mode.
  2. Jika anda guna Windows 7, boleh abaikan langkah ini. Untuk yang guna Windows 8-10, sila ikut langkah² di sini untuk masuk mod Disable Driver Signature Enforcement. (Ini untuk kita gantikan driver yang dah ada dalam komputer kita. Windows 7 ke bawah ia termasuk dalam mod lalai, tapi bila keluarnya Windows 8 dan ke atas, mod ini dipindah ke tempat lain. Sebab tu kena buat macam tu.)
  3. Sila extract fail platform-tools dan Driver tu dekat desktop (atau mana² ampa suka asalkan jumpa) dan letak TWRP dalam folder platform-tools.
  4. Sila pasang Driver, kalau keluar overwrite (warna merah warning tu, dengan poyo tekan Install this driver software anyway)
  5. Sila buka Command Prompt (cmd), buka folder platform-tools tu, copy lokasi dia dan dekat cmd letak cd dan klik kanan dalam cmd tu dan Enter (contoh cd C:UsersAmirAppDataLocalAndroidsdkplatform-tools)bagi pengguna Windows 8-10 manakala pengguna Windows 7 hanya tekan Shift+Klik Kanan dekat folder platform-tools tu dan ambil Open command window here.
  6. Sila sambungkan peranti ampa pada komputer dan taip perintah fastboot devices dan Enter. Kalau keluar kod tu kira sambungan tersebut cemerlang, tapi kalau takda, periksa semula driver ye.
  7. Bila dah keluar code tu, boleh teruskan dengan taip fastboot flash recovery xxx.img dan Enter. Ini contoh perintah dia fastboot flash recovery twrp-3.1.1-0-cheeseburger.img atau TWRP_recovery_V10-20171105.img kalau pakai TWRP Chinese tu. (ampa boleh menamakan semula TWRP tu, copy nama dia lalu lepas perintah recovery tu klik kanan saja serta jangan lupa letak .img belakang dia. Satgi dia tak kenai lak hahaha)
  8. Cabut kabel tu dan dekat peranti tu tekan butang Volume sampai jumpa Recovery Mode lalu tekan butang Power untuk masuk.
  9. Sudah masuk TWRP tu (leret ke tepi untuk membenarkan modifikasi) dan terus pi Wipe>Format Data dan taip yes dan tekan tanda . Kalau yang pakai TWRP Chinese tu, tukaq bahasa kalau dia keluar bahasa Chinese. ? 
  10. Sila periksa partition data pada lokasi Wipe>Advance Wipe>tick partition data dan tekan change file system. Kalau EXT4 abaikan langkah ini, tapi kalau F2FS, jangan getaq, hanya tukar semula dengan tekan EXT4 dan leret ke tepi untuk tukar.
  11. Dekat sini, jangan sesekali reboot tau. Sebab kalau silap kat sini, kena ulang semula langkah No. 9. Sambung semula peranti pada komputer lalu pindahkan fail Magisk tu dan tulisan. (kalau nak tukar tulisan, boleh balaih kat sini)
  12. Cabut kabel tu dan pasang fail zip tadi lalu Reboot System.
  13. TAHNIAH, ampa dah guna OxygenOS 5.0 yang dah root. (dan tukar tulisan jika tukar tulisan)
Kalau ampa guna TWRP 3.1.1-0, kemudian nak masuk balik TWRP nak install sesuatu tak boleh kerana internal storage jadi kosong (data tak hilang, cuma dia rabun). Tapi kalau pakai TWRP Chinese tu, mungkin boleh baca. (Saya baca dekat forum ada yang pakai tu boleh install sesuatu selepas pemasangan ROM) Saya cadangan sila downgrade Magisk kepada 14.0, versi stabil dalam Magisk Manager.
Dah nama pun ROM tiris kan, tipu la kalau takda ralat. Jadi ralat yang saya perasan, lalui dan alami semasa guna ROM ni:
  • OnePlus Launcher mereng sikit, tiap kali kita pasang aplikasi dia akan letak shorcut sendiri dia dekat homescreen. haih, 2x dah ni OnePlus oi hahaha
  • Widget pada Nova Launcher jadi besar pelik. ?
  • Jika anda menggunakan Wallpaper Google Pixel/2 ini, kadang² kena tetapan semula wallpaper ini (kalau pakai wallpaper yang menggunakan lokasi GPS macam Marvelous marble ka)
  • Face Unlock kadang2 lambat sikit, mungkin sebab saya tak hensem kot. ?
  • Fingerprint scanner pula kadang² lambat sedikit, mungkin sebab Face Unlock pun on, Pattern/Pin/Password pun bubuh, amboi tamak haih. ?
Ok, cara pemasangan pun dah bagi tahu, ralat pun dah habaq pi kat ampa. Jom layan screenshot kat bawah ni. ?
5.0? Eh sama la macam OnePlus 3/3T
Eh, bukan OnePlus 5T saja ke ada?
Cara nak guna fungsi Face Unlock.
Lawa la reka bentuk kamera kali ni.
Rakaman video takda masalah dah.
Galeri sama macam versi tiris pertama, tapi version berbeza. hmm
File Manager baru.
Penentukuran skrin.

Bateri penuh la sebab tengah cas bagi penuh hahaha.

Dasar tamak, Face Unlock pun guna, Fingerprint pun guna, PIN pun guna. ?

Gaya tulisan OnePlus Slate boleh tahan, tapi gaya tulisan Pixel 2 lagi mengancam. ?

Sapa² boleh cuba Bluetooth Audio Codec pada ROM ni? Tolong bagi maklum balas.

Ada tambahan baru dalam Game Do Not Disturb.

Akses khas dalam Android 8.0 Oreo.

Parallel Apps, ada sapa dah cuba?

Turunkan notifikasi, ikon tersebut akan menolak ke tepi untuk berada dalam satu barisan.

Tekan lama dekat mana² ikon akan keluar menu macam ni. Tak semua aplikasi yang menyokong fungsi ini.

Ini pula tetapan dalam OnePlus Launcher, tiada pilihan untuk menghalang shorcut aplikasi selepas pemasangan dari Play Store muncul dekat homescreen.

Ini pula servis Autofill, bukan sahaja ada dekat Browser sahaja, tapi dekat aplikasi pun dia sokong juga. ?

Tengok widget dekat Nova Launcher, huduh piang ?

Ketahanan bateri pada ROM ni takda lagi no sebab saya pun baru pasang hahaha. Tunggu la satu kitaran penuh bateri baru la ampa uji ketahanan bateri tu. ? Ni tak dan dan kitaran penuh bateri terus lenjan, GELOJOH hahaha. ?
Sampai di sini saja saya taip pasal ROM OxygenOS 5.0 versi tiris ni. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh komen kat bawah ni. Ingat tau ni versi tiris tau. Kalau ada ralat tu BIASA la bang. ?
Selamat memasang, dan moga berjaya ya ?
Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img