Oppo dan OnePlus Adalah Peranti Terawal Bukan Pixel Menerima Android 12
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Oppo dan OnePlus Adalah Peranti Terawal Bukan Pixel Menerima Android 12

Oppo dan OnePlus Adalah Peranti Terawal Bukan Pixel Menerima Android 12

0
Mobile Ads

Selepas Google mengumumkan Android 12, Oppo menerusi ColorOS mengumumkan akan melancarkan ColorOS 12, sistem operasi bagi peranti Oppo dan OnePlus berasaskan Android 12.

Mungkin ada juga kebaikan OxygenOS dan ColorOS digabungkan ke dalam satu sistem. Oppo mengatakan penyatuan ini bertujuan untuk mempercepatkan kemaskini mereka. Berdasarkan pengumuman ColorOS 12 ini, setakat ini mereka tidak berbohong.

Bagi pengguna di Malaysia dan Indonesia, anda cukup bertuah kerana mendapat layanan istimewa daripada Oppo. Bagi pengguna Oppo X3 Pro di Malaysia dan Indonesia, anda sudah boleh mula memohon untuk menjadi orang terawal menggunakan ColorOS 12 Beta sebelum ia dilancarkan secara rasmi di peringkat global.

Anda boleh memohon untuk menyertai program kemaskini beta mereka dan seterusnya menerima kemaskini atas awan Android 12 lebih awal daripada orang lain.

ColorOS 12 akan dilancarkan secara rasmi di peringkat global pada Selasa ini, 12 Oktober 2021.

Mobile Ads
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version