AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Opera 12.00 Beta : Opera Next Review

Opera 12.00 Beta : Opera Next Review

0
Mobile Ads

Assalamualaikum.

Mr.Hac sebenarnya bukanlah peminat pelayar web Opera. Tetapi selepas sekian lama menggunakan Firefox (dan Chrome sekali-sekala), tiba-tiba teringatkan pelayar web ini setelah Firefox semakin hari semakin ‘lag’ pada netbook yang dikuasakan dengan pemproses Intel Core i7 Atom ini.

Jadi saya pun muat turun versi terbaru dan mencubanya. Wow! Apa yang boleh dikatakan ialah Opera sangat pantas! Kemudian saya mencuba pula versi 12.00 (beta) yang dikatakan tidak akan memintas (override) profil Opera versi stabil. Jadi ia juga dimuat turun dan terus dipasang sebaik proses muat turun selesai.

Ini adalah sebahagian kecil yang dapat Mr.Hac simpulkan dari Opera 12.00 Beta a.k.a Opera Next (Sebahagian darinya adalah ciri lama yang diperbaiki/naik taraf):

1. Ciri Tema Yang Baru

Opera versi akan datang bakal membawakan ciri tema baharu yang dapat dipasang pada pautan ini : https://addons.opera.com/en/themes/

2. Sokongan 64-bit

Kuasa sebenar pelayar web Opera dapat dirasai dengan versi 64-bit yang disokong penuh pada Windows dan Mac.

3. Waktu Mula (Startup) lebih pantas, pelayaran lebih laju, sistem tab lebih efisien dan produktif.

4. Auto-complete URL

5. Speed Dial Lebih Bergaya

6. Security Badges Yang Direka bentuk Semula

7. Sokongan Skrip Kanan ke Kiri

Ini ialah sistem sokongan baru bagi bahasa Arab, Farsi, Urdu dan Hebrew.

8. Sokongan Pecutan Perkakasan dan Sokongan WebGL

9. Opera Widgets, Unite, Voice Digugurkan

10. Opera Turbo Lebih Berkesan Melajukan Pelayaran

Jika dahulu, saya nyah pasang pelayar web Opera adalah kerana Opera Turbo. Ya, kerana pada masa itu Opera Turbo kelihatan seperti fungsi ‘sisipan’ yang tidak membantu langsung. Tetapi dalam versi terbaru (11.62) dan versi 12.00 Beta, opera Turbo ternyata telah dinaik taraf dengan begitu bagus sekali.

11. Pemuat Turun Terbina Dalam Yang Lebih Bergaya Dari Chrome

12. Cukuplah 11! Nombor 12? Anda cuba sendiri! Yang pasti ia lebih ‘ringan’ dari Firefox, lebih ‘stylo’ dari Chrome, dan yang pasti lebih berteknologi tinggi dari keduanya. Anda tak perlu percaya pada ‘cakap-cakap’ saya. Anda cuba sendiri untuk merasainya.

Carakan JavaScript Engine sememangnya membantu Opera membaca setiap laman web dengan lebih cepat berbanding Gecko, Webkit, mahupun Trident. Jika anda menggunakan distro Linux seperti Ubuntu, kepantasannya akan lebih terasa. Serius, cubalah.

Mobile Ads

Exit mobile version