MPOW 059 Plus: Stailo, Sambungan 2 Peranti Serentak Dengan Fungsi ANC
AMP Ads
Mobile Ads
Home Ulasan Produk dan Gajet MPOW 059 Plus: Stailo, Sambungan 2 Peranti Serentak Dengan Fungsi ANC

MPOW 059 Plus: Stailo, Sambungan 2 Peranti Serentak Dengan Fungsi ANC

0
Mobile Ads

Pandang Pertama

MPOW antara jenama yang popular juga di pasaran Amerika terutama sekali di Amazon. Banyak juga review daripada Youtuber luar negara tentang kualiti produk daripada MPOW ini. Kali ini, MPOW ingin meluaskan pasaran mereka di Malaysia pula dan kami antara yang terpilih untuk mencuba produk terbaru mereka.

Secara umumnya, tiada apa yang begitu menarik dalam pembungkusan kotak mereka. MPOW nampaknya menggunakan rona warna merah dan hitam pada setiap kotak mereka. Bagi saya, ia identiti. Bagi korporat, ia penjimatan kos. Haha…

Apa Dalam Kotak?

Di dalam kotak, anda akan menerima sepasang headphone yang dimuatkan di dalam beg PVC percuma dengan setiap pembelian MPOW 059 Plus ini. Sayang, saya mengharapkan sebuah beg keras seperti mana TaoTronics SoundSurge 60 saya.

Selain itu, anda akan mendapat buku manual, kabel AUX 3.5mm, kabel pengecas USB mikro (oof) dan kad jaminan. MPOW Malaysia nampaknya tidak ragu-ragu dengan kualiti produk mereka dan menawarkan sehingga DUA TAHUN jaminan untuk MPOW 059 Plus mereka. Menarik!

Spesifikasi Ringkas

Cipset QCC3024
Jarak Operasi 10 meter
Bateri 3.7V/500mAh (ketahanan sehingga 40 jam)
Impedan 32 ohm
Bluetooth V5.0
Pengecasan 5V1A 2-3 jam untuk penuh
Protokol HSP/HFP/A2DP/AVRCP/GAVDP
Frekuensi 20-20kHz
Saiz Pemacu Audio 40mm
Mikrofon CVC 8.0
ANC Ya

 

Kualiti Bunyi

Bunyi pada MPOW 059 Plus ini bagi saya adalah tipikal. Talaan spektrum berbentuk V dengan warna bunyi yang agak warm. Bunyi lebih banyak bermain pada mid, memberikan pendengaran yang santai. High tidak mencengkam telinga. Ada sedikit bass boost terutama sekali jika anda menghidupkan fungsi ANC.

Soundstage juga agak lebar. Jadi, bunyi tidak kedengaran terlalu dekat tapi tidak juga terlalu jauh. Pengalaman mendengar adalah seolah-olah anda sedang mendengar stereo yang berada dekat dengan anda. Talaan bunyi MPOW 059 Plus ini lebih kepada jalan selamat dan universal dengan cukup kejelasan dan perincian bunyi pada setiap kawasan.

Setelah Sebulan Penggunaan

Banyak juga produk baru di tangan saya sejak awal tahun ini. Jadi masa untuk menguji MPOW 059 Plus ini agak terbatas. Namun begitu, kebaikannya, saya boleh membuat penilaian secara langsung dengan produk-produk yang lain.

Mahu tak mahu, berangkut juga headphone ini dan bermacam lagi produk ke pejabat saya untuk diuji sambil bekerja. Masuk beg, campak ke sana sini, jemur dalam kereta parking, macam-macam lagi. Setakat ini tak meletup lagi macam satu telefon dari telco tu. Huhu…

Headphone ini juga masih berfungsi dengan baik. Dengan cuaca hujan dan panas ketika ini, kulit pada heapdhone ini tidak berkulat ataupun pecah. Saya pakai juga heapdhone ini selepas mandi dengan rambut basah. Pelarasnya juga masih ketat dan tidak longgar. Walaupun binaan separa plastik, bagi saya produk ini menunjukkan ketahanan yang memuaskan setakat ini.

Apa Yang Saya Suka Dengan MPOW 059 Plus?

GAYA– MPOW 059 Plus ini sememangnya bergaya. Dengan rona merah, warna dua ton dan rekaan seperti turbin turbo di bahagian luar telinga. Sememangnya kena dengan gaya moden. Tak terlalu berlebihan, tapi cukup kemas, minimal dan ranggi. Agak agresif tapi tak keterlaluan.

 

KESELESAAN– Perkara pertama yang saya perasan semasa menyarungkan headphone ini ke telinga adalah keselesaan dalam memakainya. Pad telinga, lengkung kepala yang lembut dan bahan binaan yang lembut pada sentuhan memberikan pemakaian yang selesa dan tidak panas walau mendengar muzik dalam masa yang lama.

SAMBUNGAN– Sambungan dan kestabilan bluetooth pada MPOW 059 Plus ini saya boleh beri dua ibu jari. Tekan sahaja butang kuasa dan ia akan terus masuk ke mod pairing secara automatik sekiranya tidak bersambung dengan mana-mana peranti. Apabila anda pernah menyambungkannya, ia akan segera bersambung dengan pantas kepada peranti sedia ada. Ia juga menyokong sehingga dua peranti dalam satu masa. Jadi, sambungkan saja ke PC dan ke telefon serentak sewaktu bekerja. Dengar muzik di PC tanpa perlu risau terlepas sebarang panggilan atau mesej penting di telefon anda.

SOKONGAN SAMBUNGAN BERWAYAR– MPOW 059 Plus ini juga menyokong sambungan berwayar menggunakan kabel AUX 3.5mm. Walaupun saya hampir pasti tidak akan menggunakannya memandangkan ini headphone wireless, tapi tak salah jika sesusatu produk itu hadir dengan pelbagai ciri. Ia juga sangat berguna sekiranya headphone anda kehabisan bateri di saat genting. Sambung sahaja kabel, dan anda boleh terus mendengar dengan MPOW 059 Plus ini.

BATERI– Bateri pada MPOW 059 Plus ini tahan sehingga 40 jam pendengaran. Anda hanya perlu mengecas sekali sahaja seminggu secara purata dengan kapasiti bateri yang besar ini. Saya cuma mengecas bateri headphone saya seminggu sekali. Tambahan lagi, ia juga menyokong pengecasan pantas dengan hanya kurang 2 jam untuk pengecasan penuh.

PELARAS BESI– Pelaras pada headphone ini menggunakan bahan besi dan mempunyai skala nombor untuk melaraskannya dengan simetri. Seperti yang kita semua tahu, pelaras besi selalunya bertahan lebih lama daripada plastik. Untuk julat harga ini, ini satu ciri yang saya harapkan. Kualiti.

ANC– ANC pada MPOW 059 Plus ini melangkaui jangkaan saya. Selalunya, ANC hanyalah satu perkataan yang saja ditambah bagi menaikkan harga sesebuah headphone wireless. Untuk MPOW 059 Plus ini, dengan ANC dipasang, bunyi luar menurun dengan ketara walau tidaklah sehingga tidak dengar langsung. Jika anda mendengar lagu dengan ANC dipasang, muzik akan kedengaran lebih jelas dengan bass kedengaran seperti digandakan dan kedengaran agak warm.

Apa Yang Saya Harap MPOW 059 Plus Perbaiki?

CODEC?– MPOW 059 Plus ini mempunyai cipset Qualcomm QCC3024 sebagai pemproses audio dan pengawal sambungan bluetooth. Namun, pelik juga kerana ia hanya menyokong codec AAC. Apabila disambung dengan telefon saya, ia hanya menggunakan codec AAC, bukan aptX ataupun aptX HD. Ia masih berfungsi dengan baik dengan sambungan yang lancar, tapi agak pelik juga ia tidak menyokong aptX. Fail lossless seperti FLAC juga agak kurang menyekat kerana ia hanya menyokong AAC setakat ujian saya.

 

PORT USB– MPOW, tolonglah. USB Mikro? Saya mengharapkan USB-C. Ya, anda menyediakan kabel percuma. Tapi, bukankah USB-C lebih baik?

LEBIH SENDI– Saya berharap MPOW 059 Plus ini mempunyai lebih banyak sendi pergerakan terutama sekali pada pembesar audio di kiri dan kanannya. Pergerakan yang agak terbatas kadangkala menyebabkan headphone ini terasa seperti headphone murah.

BUTANG– Butang pada MPOW 059 Plus terasa agak murah dan tidak kemas. Dengan plastik yang berkilat. Saya kira jika ia direka semula ataupun diwarnakan dengan warna merah legap pasti ia akan kelihatan lebih elegan dan premium.

Kesimpulan

MPOW 059 Plus adalah sepasang headphone yang menawarkan gaya dan keselesaan kepada pemakai. Ia ringan, lembut dengan pengayaan yang moden dan menarik. Fungsi ANC nya juga signifikan dan memberi kesan yang dapat dirasai apabila dihidupkan dan bukan sekadar gimik semata-mata. Sambungan yang pantas dan stabil juga sangat memudahkan ditambah lagi dengan sokongan sambungan dua peranti serentak. Sangat sesuai bagi mereka yang inginkan pengalaman tanpa wayar pada PC dan juga telefon pintar mereka.

Kualiti bunyi bukanlah kekuatan utama MPOW 059 Plus tapi ini tidak bermakna ia berbunyi teruk. Bunyinya memuaskan, tidak meletihkan ketika pendengaran lama dan berpanjangan dan tidak terlalu menikam di mana-mana julat. Ia warm dengan soundstage yang lebar. Bagi mereka yang tidak memiliki perkakasan audio ribuan ringgit, headphone ini akan kedengaran cukup bagus bagi anda. Sesuai bagi pendengar kasual.

Dapatkannya Di Kedai Rasmi

Harga semasa: RM269

Shopee

Lazada

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version