Monster Clarity 550 LT : Kejelasan Bunyi Yang Nyata
AMP Ads
Mobile Ads
Home Ulasan Produk dan Gajet Monster Clarity 550 LT : Kejelasan Bunyi Yang Nyata

Monster Clarity 550 LT : Kejelasan Bunyi Yang Nyata

0
Mobile Ads

Kembali lagi kita dalam segmen yang hangpa nantikan. Kali ni Mamu berpeluang mencuba TWS dari Monster iaitu model Clarity 550 LT. Sebelum Mamu mulakan ulasan, mai kita tengok sedikit informasi tentang syarikat Monster.

Monster Inc. adalah syarikat Amerika yang terkenal dengan kabel audio dan video. Syarikat ini diasaskan oleh audiophile dan jurutera, Noel Lee, pada tahun 1979 dengan bereksperimen dengan pelbagai cara untuk membina kabel audio. Ia mula mengeluarkan fon kepala dalam kerjasama dengan Dr. Dre pada tahun 2008, yang berakhir pada tahun 2012, dan ia mencipta produk fon kepala berjenama selebriti atau jenama Monster yang lain.

Monster Clarity 550 LT ni didatangkan dalam kotak berwarna putih dengan gambar produk tersebut sebagai watak utama dalam rekabentuk bungkusan depa ni. Mai kita tengok spesifikasi TWS ni dengan lebih dekat lagi.

Spesifikasi Produk :

  • Bluetooth : versi 5.0
  • Jarak transmisi Bluetooth : lebih dari 10M
  • Sensitiviti : 98±3dB
  • Respon frekuensi : 20Hz-20KHz
  • Spesifikasi pemacu : 13mm pemacu dinamik
  • Bateri TWS : 45mAh * 2
  • Bateri bekas simpanan : 500mAh
  • Volt mengecas : 5V / 0.5A (menyokong pengecasan tanpa wayar)
  • Masa mengecas : 1.5H
  • Masa penggunaan : 100% kelantangan lebih kurang 4.5 jam
  • Masa bercakap : lebih kurang 3.5 jam
  • Berat produk : lebih kurang 47g (keseluruhan termasuk TWS+kotak pengecasan)

Mai kita layan video unboxing Mamu buat untuk hangpa pula.

Dalam kotak hangpa akan disambut dengan 3 benda saja :

  • TWS
  • Manual pengguna
  • Kabel Type-C

Satu-satunya produk paling minimal barang dalam kotak Mamu pernah ulas.

Dari luaran kotak, hangpa boleh tengok spesifikasi TWS ni tertera dibelakang dan informasi lain.

Clarity 550 LT menggunakan reka bentuk semi in ear design. Rekabentuk ni bagi Mamu ada peminat yang tersendiri. Dengan lambakan rekabentuk in ear depa berani mengeluarkan produk hat lain dari dalam pasaran. TWS ni juga mempunyai IPX5 rating.

Kabel pengecasan pun agak menarik dengan adanya logo Monster pada kepala USB. All the finer things in details kata mat saleh. Kualiti kabel ini agak tebal dan dapat tahan penggunaan lasak dari Mamu sendiri.

Operasi sentuhan Monster Clarity 550 LT juga sangat lengkap, dari fungsi audio dan video hingga panggilan sangat intuitif, penyesuaian kelantangan tidak akan tersedia dalam mod monaural, yang merupakan bahagian yang paling tidak dapat diatasi dari alat dengar Bluetooth tanpa wayar sebenar. Tidak dilupakan TWS ni juga dilengkapi dengan fungsi in ear detection.

Pengecasan TWS ni menggunakan port Type-C dibelakang dan ada 4 lampu untuk menunjukkan kadar bateri yang masih ada dalam kotak pengecasan.

Monster Clarity 550 LT menggunakan cip AB1532 Bluetooth 5.0 Airoha. Berbanding dengan TWS tradisional, teknologi transmisi MCSync berprestasi lebih baik dalam pertukaran telinga kiri dan kanan dan penggunaan bebas dan ada juga teknologi anti-gangguan eksklusif Airoha.

Lagu kebiasaan yang Mamu gunakan dari playlist Mamu kat Tidal. Hangpa boleh cuba dengaq kat senarai kat bawah ni.

Selama penggunaan TWS ni, Mamu pakai masa naik motor ke tempat kerja dan tengok Netflix. Walaupun sound isolation dia tak boleh lawan dengan in ear design, TWS ni amat sesuai untuk pengguna hat tak suka perasaan tertutup bila menggunakan TWS.

Dari segi penghasilan audio pula, Monster Clarity 550 LT membawa rasa pendengaran baru yang berbeza buat Mamu. Reka bentuk semi in ear akan membuatkan bunyi bass meluap, jadi tidak mudah untuk membuatkan bass kedengaran padat dan jitu. Untuk basshead TWS ni bukan untuk hangpa pakai.

Monster Clarity 550 LT salah satu TWS dengan bunyi sekunder yang bagus. Vokal lelaki pada frekuensi pertengahan jelas kedengaran. Malangnya, bahagian frekuensi rendah agak lemah kerana reka bentuk itu sendiri. Sekiranya anda suka mendengar muzik rock yang penuh dengan tenaga, TWS ni sesuai untuk hangpa.

Dari segi kualiti panggilan, Monster Clarity 550 LT mempunyai mikrofon pada bahagian atas sisi luar dan bahagian bawah rod yang menyokong pengurangan kebisingan ENC. Bagi Mamu kualiti panggilan Monster Clarity 550 LT agak baik walaupun ada sedikit gangguan dari bunyi luaran tetapi kejelasan suara pemanggil agak jelas dan nyata.

Akhir kata Monster Clarity 550 LT ni sesuai untuk hangpa yang tak gemar in ear design dan suka mendengar muzik rock, ini antara TWS yang boleh didalam senarai pembelian hangpa.

Hangpa boleh dapatkan Monster Clarity 550 LT di pautan di bawah :

Monster Audio Malaysia

Nobel It Distribution Sdn Bhd

Sehingga kita berjumpa lagi. Mamu signing out!

 

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version