AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Minus.com : Laman Perkongsian Fail Terbaik (10GB Ruang Storan Percuma)

Minus.com : Laman Perkongsian Fail Terbaik (10GB Ruang Storan Percuma)

7
Mobile Ads

Laman perkongsian fail adalah satu keperluan yang sering digunakan oleh para bloggers mahupun orang biasa pada masa kini. Storan awan juga menjadi satu trend dan fenomena apabila servis seperti Mediafire juga beralih kepada kaedah storan awan (konsep seperti Dropbox).

Minus.com ialah salah satu servis storan/laman perkongsian fail yang semakin mendapat tempat di hati pengguna. Ia menawarkan ciri-ciri mudah guna seperti pendaftaran tanpa memerlukan pengesahan e-mel, serta aplikasi yang disokong oleh sistem operasi Windows, Mac OS X dan Linux.

Selain itu, ia juga mempunyai ekstensi (Addon) untuk pelayar web Chrome dan Firefox yang berfungsi sebagai pengambil paparan skrin pada pelayar web. Sebelum terlupa, ia menawarkan 10GB ruang storan percuma, dan setiap rakan-rakan anda yang menyertai Minus.com melalui pautan jemputan dari anda, kedua-dua anda dan rakan anda akan mendapat ruang storan 1GB secara percuma juga!

Aplikasi desktop memudahkan anda untuk memuat naik fail, dan Minus.com menawarkan ciri ‘Following’ iaitu setiap rakan yang anda ikut, anda akan dapat melihat fail yang mereka muat naik atau kongsikan (kecuali ia di-set sebagai private). Anda juga boleh meneroka fail-fail gambar yang dimuat naik ke laman ini pada pautan Explore.

Jadi jangan lepaskan peluang ini. Dapatkan satu akaun sekarang dan mulakan menyimpan fail anda di Minus.com! 10GB tu! Oh ya. Lupa pula. Kalau Mediafire anda perlu pisahkan fail yang besar untuk muat naik bukan? dengan Minus.com tidak perlu berbuat begitu kerana anda boleh muat naik fail bersaiz besar (tapi tak pasti lagi berapa saiz paling besar). Kalau hendak muat naik dengan pantas, gunakan aplikasi desktopnya. Pasti hidup lebih ceria!

Mobile Ads
7 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Thanks mr.hac…nk try ni….mr.hac xde ker nk buat entri psl install ubuntu kt android versi melayu

10gb nice gak!!!
nape komen jadi camni eh?

wpDiscuz
Exit mobile version