AMP Ads
Mobile Ads
Home Ulasan Produk dan Gajet Papan Kekunci Mekanikal Machenike K7 TKL : Papan Kekunci Serba Boleh

Papan Kekunci Mekanikal Machenike K7 TKL : Papan Kekunci Serba Boleh

0
Mobile Ads

Machenike? Mungkin hangpa semua tak pernah dengaq jenama ni (termasuk mamu la) tapi jenama ni boleh dikategori agak terkenal di China dan juga di Filipina. Kali ini depa mencuba nasib dalam pasaran Malaysia & Mamu berpeluang berkolaborasi dengan depa.

Pada kali ni Mamu akan mengulas produk depa iaitu papan kekunci mekanikal depa Machenike K7 TKL. Sebelum tu mai kita tengok spesifikasi papan kekunci bakal Mamu ulas.

Machenike K7 – Spesifikasi

Jenama Machenike
Model K7
Warna Hitam
Spesifikasi Jumlah Kekunci : 87 Kekunci
Sambungan : USB Type-C & Bluetooth 3.0
Kekunci Anti-Ghosting : NKRO Berwayar, Sokongan Tanpa Wayar
Sokongan Sistem : Windows / Android / Mac OS / iOS
Bateri : 2000mAh Bateri Li-ion Boleh Dicas Semula
Lampu Belakang : Lampu RGB dengan sokongan profil
Isi Kandungan Papan Kekunci, Kabel Type-C

Dimensi & Berat

Berat Produk 730g
Saiz Produk 359*158*41mm

 

Video Nyahkotak

Kotak pembungkusan depa agak minimal dengan warna hitam dan tulisan berwarna ungu dan biru.

Di belakang kotak pula ada gambar papan kekunci dan pautan ke halaman depa. Semua menggunakan kod QR.

Dalam kotak hangpa akan dapat :

  • Papan kekunci
  • Kabel Type-C
  • Buku manual
  • Alat untuk cabut kekunci

Rekabentuk papan kekunci ni memang agak canggih bagi Mamu. Dengan rekabentuk ala lampu kereta sukan dengan lampu RGB ala kedai tomyam hangpa suka pi pasai ada awek Thai tu, melengkapi reka bentuk papan kekunci ni.

Papan kekunci ni menggunakan susun atur 87 kekunci yang kebanyakan papan kekunci mekanikal menggunakan susun atur ni. Papan kekunci Machenike menggunakan lapisan seakan getah pada setiap kekunci depa ni & ini membuatkan pengalaman menaip lebih selesa.

Apa yang canggih? Papan kekunci nih boleh disambungkan dengan 3 peranti secara serentak. Tak payah hangpa nak beli sampai 3 papan kekunci tahap kayangan untuk peranti hangpa.

Papan kekunci ni mempunyai fungsi terbina dalam untuk hangpa tukar pencahayaan RGB menggunakan roda tatal. Suis terbina dalam boleh hangpa sambungkan ke Mac/iOS ataupun Android/Windows. Tak suka wayar serabut? Hangpa boleh gunakan sambungan Bluetooth.

Nak cas semula? Tak perlu risau. Papan kekunci ni menggunakan port Type-C. Selama Mamu pakai ni, bateri dapat bertahan dalam 10 hari penggunaan. Semua bergantung dengan cara penggunaan hangpa.

Ikut spesifikasi depa kata papan kekunci ni boleh bertahan selama 60 jam dengan penggunaan 5 jam sehari dan dapat bertahan untuk hampir 12 hari.

Penggunaan lampu RGB menyerlahkan lagi reka bentuk futuristik papan kekunci ni dengan kemasan bagi Mamu tidak melampau.

Papan kekunci ni ada kaki untuk hangpa tinggikan lagi kedudukan mengikut kesesuaian hangpa ketika nak pakai.

Material untuk papan kekunci ini menggunakan PBT yang agak sinonim dikalangan pengguna papan kekunci mekanikal. Kualiti terasa bila menaip tanpa ada rasa ‘murah’.

Mamu dapat papan kekunci dengan menggunakan suis hitam. Hangpa boleh rujuk disini untuk perbezaan setiap suis untuk papan kekunci mekanikal :

https://dygma.com/blogs/stories/the-ultimate-guide-to-mechanical-keyboard-switches-for-2019

Suis hitam untuk papan kekunci ni adalah jenis linear dengan berat tindak balas sekitar 80 gram dan jarak tindak balas sekitar 1.5mm.

Bagi Mamu yang dah lama pakai papan kekunci komputer riba, agak kekok gak la nak pakai papan kekunci jenis mekanikal ni. Al-maklum la orang tak pernah pakai sebelum ni. Mamu ambil masa dalam seminggu juga nak biasakan diri dan dapatkan kelajuan menaip seperti biasa.

Dari segi gaming pulak, Mamu takdak rasa lag input walaupun kekunci ditekan serentak. Mamu cuba dalam permainan seperti Need For Speed & Call Of Duty.

Kepuasan menggunakan papan kekunci nih jelas terasa kalau hangpa jenis Mamu suka Whatsapp guna laptop. Bagi Mamu suis hitam ni sedikit berat bila menaip dalam tempoh lama. Mamu belum pernah cuba suis lain. Nanti bila Mamu berpeluang cuba suis lain, Mamu akan update pengalaman Mamu.

Papan kekunci ni takdak tempat untuk hangpa nak rehatkan pergelangan tangan hangpa. Mungkin ada yang perlukan benda ni tapi bagi Mamu takdak masalah pun.

“Mamu,dia ni sokong macro dak?”

Ada Gais. Jangan samakan dengan Makro naa. Mai Mamu cerita pasal aplikasi talaan untuk papan kekunci nih.

Bila hangpa mulakan aplikasi dia, hangpa akan dapat paparan lagu nih. Dari sini hangpa boleh tetapkan setiap kekunci dengan fungsi khas masing-masing. Dia ada kekunci untuk media juga. Memang senang banyak untuk yang banyak habiskan masa depan skrin atau komputer riba.

Bila hangpa klik kat butang Profile, hangpa boleh sesuaikan setiap profil untuk kegunaan berlainan. Mamu pakai standard ja. (baloq nak setup sebenaqnya)

Dari segi pencahayaan, hangpa boleh tetapan ikut kesesuaian hangpa nak pakai. Depa ada beberapa preset yang bagi Mamu dah cukup banyak untuk jadikan bilik hangpa macam kedai tomyam hangpa suka.

Hangpa boleh tetapkan dari segi warna, arah lampu nak bergerak, kelajuan lampu bergerak dan kecerahan. Ini semua bergantung dengan preset mana hangpa pilih. Tak semua preset boleh ditala.

Dalam Game Mode, hangpa boleh nyahaktif 3 jenis kombinasi kekunci iaitu :

  • Alt + Tab
  • Alt + F4
  • Windows Key

Mungkin dalam kemaskini akan datang, banyak lagi yang hangpa boleh tetapkan untuk kombinasi ketika bermain game hangpa.

Tetapan ni yang ramai gamers cari : Macro key sequence.

Apa yang Mamu tahu dari tetapan nih hangpa boleh tetapkan key sequences untuk tugas khas. Contoh hangpa klik kiri 2 kali hangpa boleh aktifkan combo dalam game yang memerlukan kombinasi kekunci atau klik tetikus. (imagine macam hangpa nak buat combo special move Akuma dalam Street Fighter tu) 

Hangpa boleh set dari aksi kekunci, klik tetikus sehingga delay antara setiap tugas nak dilaksanakan.

Dalam fungsi Settings, hangpa boleh tukaq warna teks dalam antara muka aplikasi dan juga bahasa antara muka.

Dengan tanda harga RM 199 dengan pelbagai fungsi bagi Mamu papan kekunci nih memang berbaloi untuk dibeli. Mana nak beli? Hangpa boleh layari di pautan dibawah:

Machenike Lazada Store

Machenike Facebook

Sempena Lazada Birthday Super Sale, depa ada buat diskaun pada produk depa. Papan kekunci ni dijual pada harga RM 149. Apa lagi gais? Dah boleh check out beli satu untuk hangpa pakai.

Tunggu Mamu ulas tentang Gaming Mouse depa plak naa.

Mamu signing out!

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version