AMP Ads
Mobile Ads
Home Ulasan Produk dan Gajet Leopold FC660M PD : Papan Kekunci Mekanikal 65% Yang Minimalist

Leopold FC660M PD : Papan Kekunci Mekanikal 65% Yang Minimalist

0
Mobile Ads

Hangpa mesti tertanya apa tu papan kekunci 65% kan? Sebelum Mamu ulas tentang papan kekunci mekanikal Leopold FC660M PD ni, mai Mamu cerita sikit susun atur papan kekunci yang biasa orang guna.

  1. Papan kekunci bersaiz 100% atau penuh, biasanya terdapat lebih kurang 102 kekunci. Ini adalah papan kekunci yang paling biasa.
  2. Papan kekunci 80% atau 75% tanpa 10 kekunci (tanpa blok nombor). Papan kekunci ini juga merangkumi satu baris dengan kekunci fungsi F1-F12. Hangpa ada 6 baris kunci secara keseluruhan.
  3. Papan kekunci 65% seperti Leopold FCM660M PD yang Mamu bakal ulaskan. Papan kekunci ini takdak blok nombor tapi ada kekunci kursor. End, Page Up dan Page Down kebanyakannya tidak terdapat pada papan kekunci ini tetapi hangpa boleh gunakan kekunci yang takdak tu dengan menekan kekunci Fn bersama dengan kekunci lain yang telah ditandakan pada kekunci pada papan kekunci.
  4. Papan kekunci 60% tidak lagi mempunyai kekunci anak panah khusus.
  5. Terdapat papan kekunci yang lebih kecil yang dipanggil 40%. Hat tu memang susun atur untuk penaip tegar yang hanya perlukan kekunci penting saja.

Video Unboxing Leopold FC660M PD

Dah tengok video? Mai kita tengok papan kekunci yang ditunggu-tunggu.

Papan kekunci Leopold FC660M PD mempunyai reka bentuk susun atur 65% tapi mempunyai 66 kekunci pada papan kekunci nih. Papan kekunci Leopold yang Mamu terima berwarna gabungan putih & merah jambu (teringat Black Pink – Kill This Love). Warna yang bagi Mamu luar dari kebiasaan yang ada dalam pasaran. Nanti kita tengok warna menarik di bawah naa.

Pada kotak pembungkusan ada tulis sedikit spesikasi papan kekunci ni seperti :

  • Kekunci ini menggunakan 1.5mm PBT double shot keycap (perasaan menaip lebih jitu & padat.
  • Mempunyai pad penyerap bunyi untuk mengurangkan bunyi tiap kali kekunci ditekan.
  • Menggunakan suis Cherry MX (the real OG gais)
  • Serasi dengan pengoperasian Windows XP dan ke atas. (Mamu takdak produk Mac jadi takleh nak cuba serasi ka dak dengan sistem pengoperasian Mac)

Kat belakang kotak ada spesikasi lebih lanjut papan kekunci Leopold ni. Di bawah Mamu sertakan spesifikasi papan kekunci ni hangpa boleh baca dengan lebih lanjut. Informasi ni Mamu ambil dari laman web rasmi depa.

Model nih didatangi dengan 7 jenis suis. Suis yang Mamu dapat adalah warna coklat. Kita akan tengok dengan lebih lanjut kemudian naa.

Bila hangpa buka kotak, hangpa akan dapat lihat papan kekunci ditutupi dgn penutup plastik yang menghalang habuk & untuk menjaga papan kekunci tu dari anak hangpa pi tuang air ribena kat papan kekunci tu. Satu benda yang agak penting kalau hangpa ada anak kecil macam Mamu kat rumah. #truestory

Dalam kotak hangpa akan dapat papan kekunci, penutup plastik, manual, keycap puller, kekunci extra dan juga kabel USB ke Mini USB sepanjang lebih kurang 1.5m.

Kekunci ekstra dengan keycap puller.

Kabel USB ke Mini USB.

Manual pengguna yang hangpa jangan hilangkan pasal ada fungsi yang hangpa perlu guna ada dalam ni.

Jom kita tengok apa yang ada pada papan kekunci Leopold plak.

Papan kekunci ni mengguna skema warna putih & merah jambu dengan aksara bewarna merah jambu pada kekunci putih & aksara putih pada kekunci merah jambu. Kombinasi warna yang bagi Mamu memang menarik. Dengan binaan PBT double shot keycap, aksara pada kekunci tiada masalah untuk hilang bila hangpa gunakan untuk menaip untuk jangkamasa panjang.

Dari segi kualiti papan kekunci ni bagi Mamu papan kekunci ni dibina dengan utuh. Ia menggunakan binaan plastik keras dicampur dengan plet besi didalam sebagai tulang belakang papan kekunci. Ini membuatkan papan kekunci ni hampir tiada flexing macam sesetengah papan kekunci murah.

Untuk mengakses fungsi lain, kekunci yang ada fungsi khas telah dicetak pada kekunci & ini menyenangkan pengguna tanpa perlu mengingat kekunci mana perlu ditekan untuk menggunakan fungsi tersebut.

Suis yang digunakan untuk papan kekunci ni menggunakan suis berwarna coklat dari Cherry MX. Cherry MX merupakan pengeluar yang menghasilkan suis yang berkualiti tinggi. Suis coklat ni adalah antara gabungan suis biru dan suis merah. Hangpa boleh rujuk video dibawah perbezaan antara setiap jenis suis Cherry MX & kegunaan setiap jenis kekunci depa ada.

Stabilizer yang ada pada papan kekunci ni bagi Mamu agak bagus & selama Mamu pakai tiada masalah yang Mamu hadapi. Ada sesetengah papan kekunci bila tekan SpaceBar dia tak turun selari tapi masalah tu takdak kat Leopold FC660M PD.

Di belakang pula ada Mini USB port untuk menyalurkan kuasa pada papan kekunci ni. Bagi Mamu port jenis harus ditukarkan ke jenis port Type C. (Dah tahun 2021 dah kot. Harap pihak Leopold tukaq naa.)

Informasi tentang papan kekunci ni ada juga pada sebelah bawah seperti nombor model, nombor bahagian dan juga nombor serial papan kekunci.

Suis DIP ada fungsi khas. Suis ni hanya boleh diaktifkan bila papan kekunci tak dihidupkan. Ini membolehkan hangpa menukar susun atur kekunci tanpa memerlukan perisian atau menekan berturut-turut kekunci di papan kekunci. Cukup dengan aturan suis DIP di bahagian belakang untuk mengatur susun atur ideal hangpa. Dibawah Mamu sertakan fungsi depa.

Switches On Off
DIP 1 Ctrl & Caps Lock swap Normal Layout
DIP 2 Win Key and Alt swap Normal Layout
DIP 3 Win Key and FN swap Normal Layout
DIP 4 Windows Lock Windows On

 

Di bahagian bawah dia ada kaki getah untuk mengelakkan papan kekunci dari tergelincir diatas meja. Ini sedikit sebanyak menolong dari segi stabiliti. Di bawah Mamu sertakan gambar bila kaki getah tak dinaikkan dan setelah dinaikkan.

Leopold FC660M PD dengan tanda harga lebih kurang RM500 ini menawarkan rekabentuk papan kekunci yang premium & pengalaman menaip yang memuaskan bagi Mamu. Sekiranya hangpa mencari papan kekunci yang kelihatan profesional & mempunyai kualiti binaan yang kukuh & tahan lasak, inilah yang perlu dicari. Satu-satunya kelemahan yang bagi Mamu adalah kekurangan port USB-C dan laluan kabel dibawah papan kekunci.

Jika hangpa berkenan nak beli, hangpa boleh lawati pautan dibawah :

PCByte Lazada

PCByte Shopee

PCByte Instagram

PCByte Facebook

Sehingga kita bertemu lagi di ulasan lain, Mamu signing out!

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version