AMP Ads
Mobile Ads
Home Ulasan Aplikasi Kodi Media Center Kini Mempunyai Paparan Antaramuka Baharu Dalam Versi 17

Kodi Media Center Kini Mempunyai Paparan Antaramuka Baharu Dalam Versi 17 [Nighty Build]

0
Mobile Ads
Masih ingat lagi XBMC? Alaaa, pemain media semua dalam satu yang dulunya orang-orang peminat tegar kad sim ‘unlimited’ gunakan, siap jual lagi, pada hal ianya percuma. Heheh..Dalam versi Nightly Build 17 (binaan malam?), paparan antaramuka Kodi telah mendapat sentuhan nafas baru, dan ianya juga mempunyai beberapa tema yang akan disesuaikan mengikut peranti.

Ini adalah paparan ‘first run’. Fwahhh..

Paparan Kodi setelah dimulakan. Memang nampak canggih, moden, estetika, fantastika, dan ka-ka-ka yang seumpama dengannya. Paparan dalam tema ini diberi nama ‘Estuary’, yang dicipta untuk skrin besar.

Satu lagi paparan tema ialah Estouchy, dicipta pula khas untuk skrin kecil.

Ini ialah paparan ketika video dimainkan. Memang cun habis.

Kodi boleh dimuat turun di Google Play Store dan laman web rasminya. Cuma untuk versi Nightly Build ini, anda bolehlah ke pautan ini : Kodi Download

Anda terus sahaja ke ‘Development builds: Kodi v17.0 “Krypton” early acces’.
Saya pun tak tahu kenapa penulis tu eja ‘acces’. Mungkin beliau taip pakai Swiftkey, laju sangat sampai typo pun tak perasan.

Apapun enjoy guys!

 

Mobile Ads

Exit mobile version