AMP Ads
Mobile Ads
Home Editorial Kelemahan Keselamatan Facebook Memudahkan Halaman Facebook Anda Dicuri

Kelemahan Keselamatan Facebook Memudahkan Halaman Facebook Anda Dicuri

0
Mobile Ads

Facebook Page Anda Boleh Dirampas Semudah “PM Tepi”

Facebook Business Manager ialah ‘tools‘ rasmi dari Facebook sendiri, ala Multi-Channnel Network atau MCN dari YouTube.

Ia mempunyai autoriti selaku pemilik Facebook Page sebaik sahaja Facebook Page ditambah masuk ke dalam senarai Facebook Page yang diselia.

Apa yang menjadi isu, sesetengah individu menggunakan Business Manager ini sebagai alat untuk mengambil alih Facebook Page orang lain.

Hanya dengan sedikit teknik kejuruteraan sosial, admin yang berjaya diperdaya akan menambah Facebook Page mereka ke dalam Business Manager individu tersebut secara sukarela.

Antara contoh modus operandi digunakan ialah mereka ini akan menyamar sebagai orang penting atau pegawai pemasaran/pengiklanan dari laman web terkemuka, atau syarikat besar.

Antara nama yang dijaja ialah seperti Bored Panda dan BuzzFeed

Mereka ini mengatakan kepada pemilik Facebook Page bahawa mereka ingin menjana trafik, membayar sejumlah wang kepada admin Facebook Page, dengan ‘kerjasama’ bersama.

Syaratnya ialah tambahkan Facebook Page ke dalam Business Manager yang dikawal oleh mereka.

Cubaan di halaman Facebook OMG Hackers:

Admin yang belum pernah mengetahui wujudnya kaedah ini akan terus menambah Facebook Page tanpa fikir dua kali kerana ganjaran ditawarkan biasanya besar belaka.

Sebaik Facebook Page ditambah masuk, pemilik Business Manager akan dapat menjadi pemilik akaun Facebook Page itu, bermaksud mereka boleh:

  1. Buang admin asal.
  2. Post sebagai page.
  3. Buat FB Ads sebagai page.
  4. Dan sebagainya lagi.

Pendek kata Facebook Page tidak lagi dimiliki oleh pencipta Facebook Page yang asal.

Sasaran mereka ialah Facebook Page yang sedang meningkat naik, dan yang kelihatan seperti memerlukan ‘boost’ dari segi kewangan.

Inilah dia method atau kaedah digunakan untuk mengambil alih Facebook Page orang lain menggunakan Business Manager dan kejuruteraan sosial.

Abam harap anda berhati-hati dalam membalas setiap mesej diterima, dan jika terjumpa individu yang menawarkan kepada anda perkara seperti ini, cepat-cepat block!

Buat yang dah terkena, maaf, hakikatnya Facebook tidak peduli pun nasib anda.

Samalah halnya dengan YouTube/Google. Akaun anda diambil alih orang lain?

Hastalavista lah jawabnya.

*Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada semua rakan agar sama-sama dapat mengambil manfaat dan beringatlah sebelum terkena.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version