AMP Ads
Mobile Ads
Home Editorial Kad Baru TnG Dengan NFC: Kenapa Tidak Dari Dulu Lagi?

Kad Baru TnG Dengan NFC: Kenapa Tidak Dari Dulu Lagi?

0
Sumber: Paultan
Mobile Ads

Kalau Tanya Saya Lah…

Kalau TnG boleh buat kad untuk direct topup dari aplikasi, tak ada sebab kenapa perkara sama tak boleh dibuat dari awal dulu.

Saya tak nampak kenapa perlu lagi kad baru ini kerana bukankah RFID sepenuhnya dicadang untuk dilaksanakan dalam masa beberapa tahun lagi? Kerajaan juga dalam perangkaan untuk menutup lorong SmartTAG dan TnG secara berperingkat.

Tambahan lagi, kenapa perlu beli lagi kad? Mahal sangatkah kos untuk membuat kad ini? Sedangkan TnG sudah pun untung besar saban tahun sebagai pemonopoli pembayaran tol sejak sekian lama? Kad ahli Watson’s saya pun saya dapat percuma, lengkap dengan sokongan TnG.

Sumber: SoyaCincau

Lagipun, telefon pintar kebanyakannya sudahpun ada NFC. Jika NFC sudah disokong dalam aplikasi, kenapa perlu lagi kad baru? Bayar sajalah guna telefon menggunakan aplikasi. Sedangkan smart watch dan fitness band pun sudah berlambak di pasaran dengan sokongan pembayaran tanpa sentuhan.

Kita sudah ada DuitNOW. Bila lagi kerajaan mahu memaksimakan penggunaan pembayaran tanpa tunai berpusat ini? Saya tak nampak masalah untuk DuitNOW digunakan sebagai medium pembayaran tol.

Akhir sekali, jika mereka boleh letakkan NFC di dalam kad, saya tak nampak kenapa RFID tidak boleh diletakkan juga. Tak ada lah pengguna dipaksa beli satu stiker untuk satu kereta. Barang yang sepatutnya boleh diberi percuma pun nak jual mahal.

Bila tengok negara maju buat, kita kutuk kenapa negara sendiri tidak ada. Bila kita minta buat, ada pula yang mengutuk tadi “membela” kapitalis kononnya sistem itu dan ini susah dilaksanakan. DuitNOW ada, telefon NFC ada, WeChat Pay ada, segala macam e-wallet pun ada di Malaysia ni. Mahu tidak mahu saja.

Tapi itu saya. Saya cakap apa yang saya fikir saja. Kalau awak pandai, awak jawab lah boleh atau tidak apa yang saya cakap ni. Tak salah mencadang kan?

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version