AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Iphone X Dilaporkan Gagal Berfungsi Di Dalam Cuaca Sejuk

Iphone X Dilaporkan Gagal Berfungsi Di Dalam Cuaca Sejuk

0
Mobile Ads

Baru sahaja dilancarkan, peranti terkini yang mendapat sambutan hangat daripada Apple ini sudah dilanda dengan kegagalan.

Kecoh baru-baru ini apabila ada pengguna melaporkan bahawa peranti iPhone X mereka gagal berfungsi ketika baru sahaja 2 saat keluar daripada rumah mereka ketika musim sejuk. Peranti itu dilaporkan “beku” (hehe) ? setelah terdedah dengan keadaan sejuk di luar rumah. Skrin iPhone X dikatakan tidak bertindak balas setelah pengguna keluar daripada rumah mereka dalam musim sejuk. Pengguna tersebut telah meleret skrin iPhone X kepunyaannya berkali-kali namun peranti itu tetap tidak memberikan sebarang tindak balas.

Perkongsian itu telah dimuat naik oleh pengguna Reddit, darus214 pada SubReddit iPhone. Perkongsian ini kemudiannya mendapat sambutan yang hangat dengan ramai  lagi pengguna iPhone X tampil dan mengadu masalah yang sama di dalam SubReddit tersebut.

Sedar dengan masalah ini, Apple telah memberikan maklum balas segera. Mereka mengatakan memang skrin iPhone X direka untuk digunakan dalam suhu cuaca 0॰-35॰ C. Sekiranya pengguna menggunakan iPhone X mereka dalam julat suhu di luar suhu yang ditetapkan, maka pengguna mungkin akan mengalami tindak balas yang “luar biasa” pada iPhone X mereka.

Buat masa sekarang, Apple mencadangkan pengguna tidak menggunakan iPhone X mereka dalam keadaan sejuk dan berjanji akan membaiki masalah ini dengan pelepasan kemaskini sistem pada kemaskini akan datang dalam masa terdekat.

Perkongsian lain di Reddit pula, ada pengguna mendakwa beliau telah menggunakan perantinya dalam suhu 2॰ C namun tetap mengalami masalah ini. Manakala pengguna yang lain juga ada melaporkan peranti mereka sihat-sihat sahaja di dalam cuaca sejuk. Adakah ini bermakna Apple juga telah menggunakan lebih daripada satu pembekal untuk skrin iPhone X mereka? Itu kita biarkan Apple untuk menjawabnya.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version