Adsense
Utama Berita HP OMEN Dengan Spesifikasi AMD Ryzen Diperkenalkan : Berkuasa Dari Segala Segi...

HP OMEN Dengan Spesifikasi AMD Ryzen Diperkenalkan : Berkuasa Dari Segala Segi & Mampu Milik

0

HP salah satu nama besar dalam dunia pengkomputeran telah mengeluarkan komputer riba khusus untuk gaming menggunakan cip pemproses dari AMD. Ini merupakan kemunculan pertama buat HP menggunakan cip AMD dalam komputer riba keluaran mereka.

HP OMEN 15 dikuasakan dengan cip pemproses sehingga AMD Ryzen 5000 siri ke-7 dan kad grafik Nvidia Geforce sehingga RTX 3060/3070 untuk kepuasan ketika gaming ataupun untuk kuasa sepenuhnya untuk proses penyuntingan video beresolusi tinggi, penghasilan kandungan dan juga untuk penstriman permainan.

Rekabentuk kali ini HP OMEN 15 membawa rekabentuk lebih minimalis berwarna serba hitam dan logo berbentuk permata yang merupakan logo baru untuk siri HP OMEN.

Bahagian papan kekunci ini menggunakan material jenis logam aluminium yang selesa apabila menaip atau ketika gaming. Papan kekunci HP OMEN dikuasai dengan pencahayaan latar belakang RGB untuk setiap kekunci.

HP OMEN 15 yang seberat 2.37kg ini dilengkapi dengan paparan bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan mempunyai kadar segar sehingga 144Hz. Paparan ini juga menggunakan paparan skrin IPS, anti silau, tepi mikro, lampu belakang WLED, berketerangan sehingga 250 nits.

Tanpa penyejukkan yang secukupnya, kuasa yang ada di tangan anda tidak bermakna langsung. HP OMEN 15 dilengkapi dengan OMEN Tempest Cooling Technology. Ciri ini menggunakan 3 bolong sisi dan aliran udara 5 hala menjaminkan stabiliti sistem & tahap optimum suhu ketika sesi gaming.

Dari segi penghasilan audio, HP OMEN 15 menerima talaan dari Bang & Olufsen yang menggunakan pembesar suara dual depan yang akan membuat anda lebih peka pada pergerakan pihak musuh.

Ciri terbina dalam iaitu OMEN Gaming Hub membantu anda memanfaatkan sepenuhnya pengalaman permainan anda dengan lampu latar papan kekunci yang dapat disesuaikan di empat zon. 

HP tidak melupakan peminat PC. Mereka telah melancarkan juga HP OMEN 25L Desktop PC yang dikuasai dengan cip pemproses AMD Ryzen sehingga siri ke-7 dan kad grafik Nvidia GeForce Siri RTX 30 yang membawa permainan dengan kadar hampir nyata dan prestasi yang cukup tinggi yang membolehkan anda bermain permainan yang menuntut spesikasi tinggi untuk dijalankan.

HP OMEN 25L ini dipacukan dengan WD Black PCIe TLC SSD berkapasiti tinggi untuk ruang storan. Tidak dilupakan HyperX DDR4 (dengan DRAM 64 GB HyperX bersertifikasi Intel XMP) menjadi nadi untuk memori capaian rawak.

Dari segi sistem chasis, HP Omen 25L menggunakan khidmat dari CoolerMaster nama yang cukup sinonim. 

Untuk tujuan penyejukan dalaman, radiator udara 92mm yang boleh dikonfigurasi telah dimuatkan dalam HP Omen 25L. Komponen termal boleh dinaiktaraf dengan komponen RGB dari CoolerMaster.

Dengan OMEN Gaming Hub, anda boleh pantau dan kendalikan prestasi PC anda seperti optimumkan tetapan untuk CPU overclocking, memaksimumkan hubungan rangkaian dua hala dengan Network Booster dan tetapan pencahayaan RGB dalaman dan luaran

Dengan panel kaca tempered pilihan dan bingkai logam penuh, HP Omen 25L akan berdiri gah dalam ruang bilik anda dengan pencahayaan RGB yang menghiasi dalaman chasis. Talaan audio pada PC ini menggunakan teknologi DTS® Headphone: X technology yang menjaminkan kualiti audio yang tinggi untuk kepuasan pendengaran pemain.

Permainan anda tidak akan lengkap tanpa aksesori OMEN Vector Essential Mouse dan juga OMEN Blast Headset.

HP OMEN Vector Essential Mouse dengan tanda harga bermula dari RM 159 menampilkan sensor OMEN Radar 1 dan menyokong sehingga 7.200 dpi. OMEN Blast Headset yang bermula dengan tanda harga RM 319 dikuasakan dengan suara sekeliling 7.1 untuk kesedaran spasial 360 darjah. Gunakan OMEN Gaming Hub untuk membuat dan mengurus profil audio unik dan juga talaan untuk semua permainan anda.

Dari maklumat yang kami terima, kami lampirkan harga bagi HP OMEN 15 dan HP OMEN 25L :

  • HP OMEN 15 – RM 3899  disertakan dengan Perlindungan Kerosakan Tidak Sengaja selama 2 tahun
  • HP OMEN 25L – RM 6899 disertakan dengan waranti On-Site selama 3 tahun

Dalam tempoh terhad, anda bakal mendapat :

  • Dengan setiap pembelian komputer riba OMEN, anda layak menerima e-voucher bernilai RM 100 dari Touch&Go atau Grab
  • Dengan setiap pembelian komputer riba HP Pavilion Gaming, anda layak menerima e-voucher bernilai RM 80 dari Touch&Go atau Grab

Tunggu apa lagi? Layari https://store.hp.com/my-en/default/ untuk mendapatkan perkakasan terbaru dari HP selagi stok masih ada.

 

Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version