Hackim Si Penggodam – Episod 8 (Second Mission Started)

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?

EPISOD KELAPAN

Hackim pergi ke sekolah dengan perasaan yang yang keliru. Dia seperti tidak tahu apa yang berlaku semalam.

“Siapa Retsam12345 tu? Macam mana dia boleh hack aku?”

Kemudian dia terfikir, tujuan dia sekarang adalah untuk belajar. Jadi dia pun “clear” kan segala kekeliruan dalam kepalanya, dan “refresh” semula otaknya supaya dapat menumpukan perhatian dalam pelajarannya di kelas.

Petang itu, ada aktivti kokurikulum, Hackim pun pergi ke kelabnya iaitu Kelab ICT di makmal komputer. Pada yang sama juga dua rakan yang selalu membulinya iaitu ZestCool dan Bluedragon juga berada dalam kelab yang sama. Apabila nampak Hackim, mereka pun terus mengutuk Hackim dengan mengatakan bahawa Hackim ni tak pandai guna keyboard la. Ini disebabkan Hackim adalah orang yang paling lambat dalam menaip di kelasnya, jadi mereka menggunakan kelemahan Hackim untuk mengejeknya. Dari situ Hackim teringat semula misi keduanya iaitu social engineering. Dalam hati Hackim berkata :

“Haha. Korang kutuk aku eh. Tunggu balasannya.”

Kemudian Hackim pun berfikir, bagaimana untuk jalankan misi kedua ni dekat dua orang rakannya itu.

“Hmmm. Macam mana aku nak social engineering diorang ni eh? Ha! Aku tahu. Untuk hari ni aku cuba tengok dulu apa yang diorang selalu buat bila buka komputer, laman web apa yang selalu diorang buka, sebab aku kena tahu dulu apa yang diorang buat, lepas tu barulah aku cuba cari “vulnerable” dalam aktiviti diorang ni. Ambil masa juga untuk selesaikan misi ni. Okay sekarang ni aku cuba untuk sabar dengan ejekan diorang, dan aku kena duduk sebelah diorang untuk tengok apa yang diorang buat.”

Setelah itu, cikgu kelab tersebut iaitu Nur Asyiqin telah memberikan tempat duduk untuk setiap pelajar di komputer yang ditetapkan. Kebetulan, Hackim duduk bersebelahan dengan ZestCool. Jadi di benak fikiran Hackim :

“Nampaknya ZestCool la mangsa pertama aku! Yeah! Aku kena hati-hati supaya tak kantoi.”

Kemudian ZestCool membantah keputusan Cikgu Asyiqin yang menyuruh Hackim duduk disebelahnya dengan mengatakan Bluedragon lebih sesuai duduk di sebelahnya.

ZestCool membantah :

“Apa ni cikgu? Bagi Hackim duduk sebelah saya? Dia dah la kura-kura. Typing punya lah lembab. Nanti saya berjangkit pulak dengan dia. Lebih baik cikgu bagi Bluedragon duduk sebelah saya. Sekurang-kurangnya Bluedragon ni dapat membantu saya dalam komputer ni. Dia pandai.”

Cikgu Asyiqin membalas dengan senyuman “trollface” sambil berkata :

“Oh macam tu ya? Saya bagi kamu dua pilihan, sama ada main komputer di bilik disiplin atau duduk senyap kat situ? Kamu ni ZestCool tak habis-habis kutuk si Hackim tu. Kesianlah dia. Dia pun nak belajar juga. Kamu jangan fikir diri kamu saja yang bagus. Mungkin dia tak bagus dalam taip menaip tapi mungkin dia bagus dalam bidang lain. Jadi hormat sikit. Kalau kamu bersikap sebegini lagi lepas ni, bilik disiplin la jawabnya. Hehehe.”

Muka ZestCool agak terkejut kerana dia tahu Cikgu Asyiqin ni jenis yang tak makan saman. Kalau dia cakap itu, itulah yang akan dibuatnya, dia tak kira apa orang nak cakap. ZestCool pun kemudian menjawab :

“Okay-okay. Baik cikgu. Saya minta maaf.”

Kemudian kelas ICT itu pun bermula seperti biasa. Mereka di beri tugasan berkumpulan. Seperti biasa Hackim dan ZestCool satu kumpulan kerana mereka duduk bersebelahan dan berkongsi satu komputer. Tugasan mereka hanyalah perlu menyalin semula artikel dari surat khabar dengan menggunakan Microsoft Word 2010. Memandangkan Hackim lambat dalam menaip, jadi ZestCool terpaksa menyiapkan artikel itu sendiri kerana dia hanya membuang masa jika memberi Hackim menyiapkan tugasan tersebut. Dalam masa lebih kurang 15 minit siap sudah artikel itu. ZestCool memang terkenal dengan kelajuan taipannya tanpa sebarang kesalahan. Kemudian ZestCool buka laman web Facebook setelah siap tugasan tersebut. Dari situ Hackim melihat saja apa yang di lakukan oleh ZestCool dengan tekun. Semasa menaip password, ZestCool menyuruh Hackim memandang tempat lain agar tidak melihat password yang ditekannya. Tetapi Hackim menggunakan deria pendengarannya dengan mengira berapa jumlah karakter yang ditekan oleh ZestCool. Dan Hackim dapat mendengarnya dengan baik. Dan dia dapati ada lebih kurang 10 karakter yang ditaip oleh ZestCool. Setiap laman web yang dilayari oleh ZestCool telah di catat oleh Hackim tanpa pengetahuan ZestCool. Dan setelah kelas itu habis, Hackim pun balik ke rumah dan melihat semula segala catatan yang di catatnya dan menambah sedikit maklumat mengenai ZestCool dalam catatannya. Dan inilah yang Hackim dapat :

  • Nama : ZestCool
  • Kelas : 4 Cerdik
  • D.O.B : 6/5/1996
  • Email : [email protected]
  • Laman web yang di buka :
    1. www.facebook.com
    2. www.myspace.com
    3. www.omghackers.com
    4. www.hacker.com
    5. www.google.com
    6. www.youtube.com
  • Perkara yang di sukainya :
    1. Kereta (dia suka google pasal kereta)
    2. Perlawanan Barcelona terutama membabitkan Messi (video yang suka ditonton semasa melayari laman web youtube)
    3. Artikel Hacking (artikel yang di baca di omghackers)

Dia berasa maklumat ini mungkin dapat membantunya untuk mencipta password yang mungkin dapat membantunya untuk log masuk ke akaun ZestCool. Jadi di sini adakah dia berjaya log masuk ke akaun ZestCool dengan password yang akan dijananya nanti? Jika tidak berjaya, adakah cara lain yang dapat membantunya? Anda boleh memberi komen dibawah jika ada jawapannya. Kita tunggu untuk episod yang seterusnya ya!

Hackim Si Penggodam – Episod 1 (Introduction)

Hackim Si Penggodam – Episod 2 (Hacking Wifi WEP/WPA)

Hackim Si Penggodam – Episod 3 (Tujuan Yang Jelas)

Hackim Si Penggodam – Episod 4 (Social Engineering)

Hackim Si Penggodam – Episod 5 (Kuala Lumpur)

Hackim Si Penggodam – Episod 6 (Operating System For PenTest)

Hackim Si Penggodam – Episod 7 (Tip-Tip Social Engineering)

Sekian.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img