AMP Ads
Mobile Ads
Home Media Google: Setahun Dalam Carian Malaysia

Google: Setahun Dalam Carian Malaysia

0
Mobile Ads

Pada hari ini, Google telah mengumumkan senarai tahunan ‘Setahun Dalam Carian Malaysia’ yang memperlihatkan pelbagai data carian sepanjang 12 bulan yang lalu berdasarkan carian para pengguna di Google Malaysia. Senarai ini memberikan perspektif yang unik terhadap carian, tokoh dan topik semasa yang trending pada tahun ini.

Tempat teratas bagi senarai Carian Trending 2017 adalah milik terma ‘BR1M’, sebuah program bantuan kewangan kerajaan bagi mereka yang berpendapatan rendah. Carian kedua paling trending merupakan ‘Hero Seorang Cinderella’, sebuah drama tempatan hangat, dan carian ketiga paling trending milik ‘SEA Games 2017’ yang merupakan acara pelbagai sukan serantau yang dianjurkan oleh Malaysia pada bulan Ogos lepas. Carian keempat dan kelima paling trending jatuh kepada siri drama tempatan ‘Titian Cinta’ dan ‘SAPS NKRA’, sebuah sistem analisis peperiksaan sekolah awam bagi guru-guru dan ibu bapa.

Lima carian terhangat lain merupakan: filem aksi blokbuster ‘Fast and Furious 8’, drama komedi romantik tempatan ‘Suamiku Paling Sweet’, lagu pop terkenal ‘Despacito’, undian bagi program televisyen realiti India ‘Bigg Boss Vote’, dan ‘Myvi 2018’, versi terbaru kereta terlaris di Malaysia.

Tempat teratas bagi carian Individu Paling Trending 2017 jatuh kepada ‘Izara Aishah’, seorang pelakon wanita yang baru mendirikan rumah tangga, dan tempat kedua pula pergi kepada ‘Gal Gadot’ yang telah memainkan watak paling ikoniknya, Wonder Woman. ‘Hannah Delisha’, seorang pelakon wanita dan penyanyi Singapura yang telah membintangi drama tempatan Mencintaimu Mr Photographer, mendapat tempat ketiga dalam senarai carian Tokoh Trending ini. Tempat keempat milik ‘Afifah Nasir’ yang terus menjadi perhatian selepas kontroversi romantiknya, dan tempat seterusnya jatuh kepada ‘Aiman Tino’ melalui ‘Ku Hanya Sayang Padamu’, lagu hangat beliau yang dikeluarkan pada 2017.

Individu-individu paling trending yang lain merupakan: pemain boal sepak tempatan dan penerima anugerah Puskas ‘Faiz Subri’, pelakon dan penyanyi Singapura ‘Aliff Aziz’, finalis rancangan realiti Asia’s Next Top Model ‘Alicia Amin’, pelakon wanita ‘Fathia Latiff’, dan personaliti televisyen ‘Mat Over’.

“Carian Google terus mencerminkan peristiwa utama, individu awam popular dan trend hangat yang memberi impak terhadap kehidupan rakyat Malaysia secara kolektif,” kata Zeffri Yusof, Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam di Google Malaysia. “Google merupakan tempat destinasi pilihan orang ramai untuk meneroka dan mengetahui sesuatu, dan kami percaya bahawa senarai-senarai tahunan yang telah kami susun mencerminkan ‘zeitgeist’ kebangsaan, ataupun ‘kecenderungan mental semasa’.”

Carian paling banyak sepanjang tahun 2017.
Antara carian-carian trending.

 

Mobile Ads

Exit mobile version