AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel Google Pixel, Ahli Baru Google Bakal ‘Bunuh’ Peranti Yang Sedia Ada

Google Pixel, Ahli Baru Google Bakal ‘Bunuh’ Peranti Yang Sedia Ada

0
Mobile Ads
Pixel, telefon pintar dari Google.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk Google.
Kini Google telahpun mengeluarkan produknya sendiri, iaitu Pixel.
Pixel ni buatkan saya jatuh hati padanya. aduuhhhh

Pihak Google mengumumkan buat kali pertamanya dalam keluarga produk Google yang membawa peranti yang terbaik untuk pengguna daripada Google melalui perkakasan dan perisian yang dibuat oleh Google! Mereka sangat teruja untuk mengumumkan ciri-ciri telefon pertama yang dibuat oleh Google luar dan dalam, iaitu Pixel.

Bagi pembaca yang telahpun mengikuti rapat perkembangan Google, mungkin nama tu bunyi seperti biasa dengar pada anda kerana mereka pernah guna nama Pixel tu pada produk perkakasan yang mewakili keseluruhan pengalaman premium Google. Tambahan, mungkin anda juga biasa dengar nama Nexus bukan? Sejak tahun 2010, pihak Google telah bekerjasama rapat dengan rakan kongsi telefon pintar di seluruh dunia untuk memberikan pengalaman Android yang terbaik untuk anda. Melalui Nexus, matlamat Google adalah untuk bekerja dengan pelbagai rakan kongsi untuk menolak sempadan dengan telefon pintar. Setelah bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi, Google memilih jalan untuk ‘move on‘ dengan bermodalkan pengalaman terbaik yang mereka dapati dengan membawa reka bentuk perkakasan dan perisian sama-sama dibawah satu bumbung.

layan dulu video Google Pixel. Mesti terpikat

Pixel, telefon pintar dari Google
Pihak Google meneliti dengan terperinci pada setiap detail dari reka bentuk industri untuk pengalaman pengguna. Mereka meneliti tiap-tiap ukiran pada permukaan telefon lengkungan tepi dibuat untuk mudahkan untuk cengkaman. Google menggunakan 2.5D Corning® Gorilla® Glass 4 pada paparan depan dan kaca belakang untuk aksen gred aeroangkasa pada badan aluminium. Kaca di belakang tu bukan saja-saja tau, ia menampilkan Pixel Imprint, sensor cap jari Google yang diletakkan di belakang telefon di mana jari anda mudah untuk menyentuhnya serta anda boleh swipe untuk mengakses notification. Tidak kira telefon apa yang anda guna, mesti anda perlukan telefon yang baterinya dapat bertahan lama dan caj cepat kan?Pixel jika cas selama 15 minit, ia mampu bertahan selama 7 jam!  Dalam masa 15 minit caj, telefon dapat tahan selama 7 jam. Laju sangat takdan nak brek. hihihi

 

Terdapat tiga warna, iaitu Really Blue (kiri), Very Silver (tengah) dan Quite Black (kanan) nahh nama simple ja. hahaha

Pembantu peribadi anda, Google Assistant
Pixel merupakan peranti yang pertama yang dibina bersama-sama dengan Google Assistant. Dengan adanya pembantu anda, anda boleh berbual-bual dengannya seperti pembantu peribadi yang nyata untuk tanya soalan dan dapatkan perkara yang dilakukan di mana-mana sahaja. Mudah kan? Anda boleh sebut “Ok Google” atau sentuh lama-lama Home button, dan pembantu peribadi anda bersedia untuk berkhidmat. Anda juga boleh meminta pembantu beribadi anda untuk kemaskini maklumat terkini untuk anda, beritahu kesesakkan jalan raya ataupun tempat atau kedai yang berhampiran dengan anda. Anda juga boleh menyebut “Show me my camping photos with David” dan ia akan pamerkan gambar seperti mana anda mintak. Bijak bukan? Bukan itu sahaja, malah dia sanggup tolong apa yang keluar dekat paparan pada mana-mana aplikasi. Jadi jika kawan anda ajak pi makan kat mana-mana, anda boleh sebut dekat Google Assistant, “navigate there“. Bahasa Melayu taktau la macam mana. hihihi

 

Kamera belakang Google Pixel, kredit to Cnet

Kamera telefon pintar yang terbaik, yang pernah wujud. (tudia ayat. hahaha)
Kamera Pixel bukan sahaja kamera telefon pintar yang pernah Google buat, tapi Pixel diberi nilai markah yang tinggi. Belum pernah lagi kamera telefon pintar yang dapat markah seperti Pixel dapat. Markah yang diberikan oleh DxOMark Mobile ialah 89 merupakan satu contoh yang terbaik apabila perkakasan terbaik bertemu dengan perisian terbaik. Pixel membantu pengguna untuk belajar fotografi dengan pantas dan mudah untuk digunakan (tak seperti sesetengah model yang terlalu banyak option, tekan sana sini. Perisian kamera iOS merupakan mesra pengguna :D).

Pixel juga mempunyai 12.3MP dan aperture hanyalah f/2.0 dan sensor besar 1.55 micron pixels untuk gambar yang lebih baik dan mampu menangkap lebih cahaya. Pasukan Google dari fotografi, dan juga pakar-pakar pemprosesan imej telah habiskan masa bertahun-tahun membentuk dan tanpa mengenal penat lelah untuk memoptimumkan keseluruhan kamera Pixel.

Kamera Pixel bantu anda untuk mengambil gambar yang menakjubkan dalam cahaya yang rendah, atau terang ataupun mana-mana cahaya. Menangkap gambar aksi dengan Smartburst, yang mana gambar diambil berkali-kali sampai la anda lepaskan camera shuttle dan secara automatik gambar terbaik akan dipilih. Anda juga boleh Lens Blur untuk buat shallow depth of field ataupun bokeh effects dan membuat subjek anda menyerlah. Jika anda suka menangkap gambar landskap, kamera Pixel membantu anda untuk menangkap gambar landskap yang dramatik atau dapat cerahkan muka anda dengan kawalan baru exposure.

Gambar-gambar yang diambil dari kamera Pixel

Pengguna Pixel dapat kelebihan istimewa iaitu dapat unlimited storage untuk gambar-gambar dan video-video kualiti original dalam resolusi penuh, di Google Photos. (Tak seperti pengguna Google Photos yang biasa iaitu kualiti tinggi tapi saiz gambar atau video kurang)

Lebih disayangi, cinta pandang pertama
Pixel yang bakal berada di pasaran adalah versi Android yang terkini, iaitu Android 7.1 Nougat. Peranti tersebut akan dapat kemaskini perisian dan keselamatan apabila ada kemaskini tersebut, terus dari Google dan pihak Google juga buatkan proses kemaskini yang mudah. Apabila ada kemaskini yang baru, ia akan muat-turun dan pasang dalam latar belakang tanpa menganggu pengguna. Jadi tiada lagi menunggu muat-turun dan proses pemasangan.

Google Pixel juga datang dengan Google Allo dan Duo dipasang siap-siap, jadi anda boleh video call dan text rakan-rakan anda, tak kisah mereka pengguna Android ataupun iOS.

Jadikan ia milik anda!
Google Pixel datang dengan dua saiz, iaitu 5″ dan 5.5″. dan tiga warna iaitu Very Silver, Quite Black dan warna yang limited, hanya di U.S sahaja (apa niii) Really Blue. Tetapi, warna apa yang anda pilih, Google ada casing untuk dipadankan dengan warna pilihan anda, iaitu customizing Live Cases merupakan casing yang anda boleh letak gambar kegemaran, atau tempat-tempat kegemaran serta Google memperkenalkan koleksi Artwork baru yang mempunyai ciri-ciri yang exclusive designs dari artis seperti Justin Maller dan jurugambar seperti angkasawan Canadian, Chris Hadfield. Google sangat teruja untuk offer anda dengan koleksi baru iaitu silicon dan clear case.

Jadi, Pixel boleh pre-order sekarang harga permulaan $649 di U.S, U.K, Jerman, dan Australia. Malaysia? (The Google Store isn’t available here yet. hahaha). Pre-order di India, bermula 13 Oktober. Di U.S, pihak Google bekerjasama exclusively dengan Verizon supaya Pixel ini dapat dijual diseluruh negara di seluruh cawangan-cawangan Verizon termasuk kedai Best Buy. Google juga menawarkan unlocked Pixel di Google Store dan untuk anda peminat Project Fi, pasti anda gembira kerana Pixel merupakan model yang terkini untuk bekerja dengan rangkaian Fi.

Jadi apa pendapat anda? Berjayakah Google Pixel menewaskan kesemua persaing dia termasuk iDevices?
Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Menanti hands on sendiri (kalau Google bagi la. hihihi)

Sumber, The Keyword, Google

Tambahan

 

24/7 support

Tertinggal pulak, bagi pengguna Google Pixel anda jangan bimbang kerana jika anda ada masalah berkenaan peranti anda, boleh hubungi Google support team, yang mana bersedia untuk berkhidmat tak kira di mana anda berada, siang ataupun malam. Lokasinya Settings>Support. Bukan itu sahaja, anda boleh kongsi paparan anda dengan agent yang anda hubungi untuk pertolongan seperti paparan keluar ‘View screen share request’ di hantar dari agent.

Mobile Ads

Exit mobile version