Forgotten (2017): Naskhah Thriller Yang ‘Berseni’

Filem Korea semakin lama semakin menuju ke hadapan, terutamanya dalam genre thriller. Forgotten ialah salah satu dari filem yang sangat patut ditonton ketika ini.

Boleh bayangkan tak, apabila suatu hati anda pulang ke rumah bersama ahli keluarga, tetapi segalanya menjadi semakin aneh dan tidak normal. Ahli keluarga yang anda kenal selama ini, berkelakuan seakan.. pelik, seperti cuba menyembunyikan sesuatu.

Itulah dia tema filem Forgotten. Menceritakan watak Jin-Seok yang berpindah ke rumah baru bersama abangnya, Yoo Seok, dan juga ibu bapa mereka. Jin-Seok mengidap penyakit hipersensitiviti, dan terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan untuk meneruskan kehidupan.

Tetapi pada suatu malam dengan hujan yang lebat, Jin-Seok menyaksikan sendiri bagaimana abangnya diculik oleh sekumpulan lelaki dan ditarik masuk ke dalam sebuah van. Selepas berlalu 19 hari dari tarikh kejadian, Yoo-Seok pulang ke rumah seperti tiada apa yang berlaku.

Pun begitu, Yoo-Seok tidak pulang sebagai ‘abangnya’ yang normal. Terdapat perubahan terutamanya dari segi fizikal yang menyebabkan Jin-Seok mula mempersoal, siapakah sebenarnya yang telah pulang ke rumah.

Tambah meruncingkan keadaan, sebuah bilik dalam rumahnya yang menempatkan barang-barang lama kepunyaan pemilik rumah sebelumnya mula mengeluarkan bunyi-bunyi, walaupun bilik tersebut kosong, tidak dihuni oleh sesiapa.

Serius, anda kena tonton filem ini sehingga ke penghujungnya. Ia mendebarkan, dan akan memberi satu konklusi yang padat di akhir cerita.

 

Tonton Forgotten di pautan: NetFlix

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x