elementary OS Luna Beta 1 Dirilis! Akhirnya!
AMP Ads
Mobile Ads
Home Pilihan OMG Artikel elementary OS Luna Beta 1 Dirilis! Akhirnya!

elementary OS Luna Beta 1 Dirilis! Akhirnya!

0
Mobile Ads

Terima kasih kepada saudara pd0sh atas berita, hari ini saya menulis lagi membuka bicara. Ewahhh, berpantun pulak! Kalau anda kerap melihat saya mengemaskini entri mengenai elementary OS Luna, itu adalah kerana minat saya yang mendalam terhadap OS ini. Saya menunggu sejak ia dibina berasaskan Natty lagi! (kalau tak silap la). Disebabkan menunggu TERLALU lama, semangat yang kuat akhirnya pudar. Disebabkan itulah saya semakin kurang menulis (yeah, really..).

Ok, yang ditunggu ramai orang akhirnya dah kunjung tiba. elementary OS Luna Beta 1 akhirnya dirilis kepada umum! Wow! Semangat saya kembali bernarkoba. Haha.. saya mesti pileh!

Beritanya boleh dibaca di sini. Jadi apa yang saya tulis dan sumber gambar (yang pertama sahaja) dari situ la heh! Saya cuma tukang penterjemah dan tukang bancuh air sahaja.

Jadi apa yang baru?

Pantheon Dekstop

Pantheon Desktop ialah ibarat satu sumpahan dan mimpi ngeri buat Unity Desktop! Akui sajalah, Unity dekstop memang bukan kegemaran ramai. Tak perlu memuji kalau kepenggunaan (usability) menjadi pertikaian. Tambahan selepas masuk sahaja versi Quantal, dengan pengiklanan dari Amazon (walaupun boleh ditutup), semakin ramai merungut-rangat. Melihat kepada situasi ini, Pantheon Shell Desktop boleh dikatakan sebagai satu anugerah dan penyelamat kepada mereka yang sangat rindu kepada Gnome 2. Fork kepada Gnome 2 iaitu Mate Desktop memang boleh dipasang pada Ubuntu, tapi Pantheon tampak lebih unik. Oh yeah..

Slingshot

Anda tak sukakan Unity bar/panel (whatever)? Slingshot adalah jawapannya. Menu 3×5 yang penuh dengan ikon aplikasi ini amat pantas apabila diklik, memberikan ‘feel’ yang lebih menarik berbanding menu-menu pada persekitaran desktop yang lain.

Plank


Plank ialah sejenis dock ringkas berasaskan Vala. Kini ia diintegrasikan dengan Switchboard. Ia memang sangat ringkas, ‘ringan’ (tak banyak menggunakan memori), serta mudah untuk difahami oleh pemula.

Switchboard

System Settings yang telah diubahsuai, semua tetapan pada satu tempat. Di bawah ini ialah Switchboard dari versi elementary OS Luna yang sebelumnya (bukan Beta 1), sekadar contoh:

Ahhh, kalau nak sebut mengenai pembaharuan yang dibuat oleh Team elementary OS ini memang tak habis satu halaman. Mereka bermula dari scratch, sehinggalah lengkap satu sistem operasi ini. Mari kita muat turun elementary OS Luna Beta 1 yang terhangat dipasaran:

Pautan SourceForge:
Pautan Torrent:
Mobile Ads

Exit mobile version