AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Android DSPManager For HTC One X

DSPManager For HTC One X [And Other Android Smartphone]

0
Mobile Ads

HTC One X dan beberapa model sebelumnya memang diketahui sebagai pelopor kepada smartphone yang menyokong Beats Audio, iaitu sejenis audio enhancement, custom equalizer yang telah diasaskan oleh Dr.Dre.

Meskipun begitu, bagi mereka yang menggunakan CyanogenMod, pasti tahu terdapat sebuah equalizer yang mampu memberikan pengalaman muzik terhebat yang diberi nama sebagai DSPManager.

Setelah mencuba DSPManager yang digabungkan bersama kekuatan Beats Audio, saya tidak ragu untuk menyatakan yang saya tidak menyesal dengan pilihan saya untuk membeli HTC One X. Pengalaman muzik dengan hentakan drum dan petikan bass terasa hidup, dan setiap petikan gitar serta rhythm berirama bersama dengan vokal, terasa begitu hebat sekali.

Apa yang bagusnya mengenai DSPManager, ia memberikan pilihan untuk kita membuat tetapan bagi internal speaker supaya bunyinya lebih baik dari biasa.

Untuk HTC One X, anda boleh rujuk laman ini bagi tujuan muat turun dan cara pemasangan : [APP] DSPManager – Improve Audio

Untuk Smartphone selain One X, anda boleh rujuk laman ini : [APP] DSP Manager – Audio Enhancement

Mobile Ads

Exit mobile version