AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita DragonForce X RileksCrew : 14 Ribu Akaun co.id Bocor

DragonForce X RileksCrew : 14 Ribu Akaun co.id Bocor

0
Mobile Ads

Buletin Jejes : Bagai Mencari Jarum Dalam Jerami, Akaun Sultan Terselit Dalam Ribuan ID Bocor

Walau dengan pendedahan tangkapan saspek utama dalam penghinaan lagu kebangsaan mereka, nampaknya jejes muda Indonesia masih lagi enggan mengalah dan memohon maaf kepada staf PKNS. Staf PKNS yang mengalami kesukaran memuat turun slip gaji mereka juga nampaknya masih santai dan tidak melatah walaupun portal slip gaji mereka terkena deface dari jejes Indonesia.

Usai majlis makan malam, DragonForce dan RileksCrew nampaknya telah menganjurkan sukaneka bersama. Sukaneka bermuka hanya selepas puan besar memberikan lampu hijau. Buat susu anak, basuh pinggan di dapur, jadi imam solat Isyak, ajar anak mengaji dulu dan barulah lampu hijau diberi.

Tepat jam 12 tengah malam, Cinderella pun berlari. Bagi DragonForce dan RileksCrew pula, mereka baru sahaja memulakan sukaneka mereka. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti cari gula-gula dalam tepung, isi air dalam botol, dan lari dalam guni. Hasil sukaneka, 14 ribu akaun berjaya dikeluarkan.

Buat yang bertuah, anda akan menerima akaun sultan dalan ribuan akaun yang ada. Ada PUBG, ada ML, ada GI. Bak kata pepatah, macam-macam adaaaaaa.

You don’t know items…

Buat yang berminat dengan hasil sukaneka semalam, boleh semak di:

https://gofile.io/d/mrLSkv

 

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version