AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Donnie Yen Akan Muncul Dalam John Wick 4

Donnie Yen Akan Muncul Dalam John Wick 4

0
Mobile Ads

Nama Donnie Yen tidak asing lagi dalam filem seni mempertahankan diri. Francais filem Ip Man membawa namanya ke satu tahap yang membanggakan.

Jika Cecep Arif Rahman dan Yayan Ruhian boleh mendapat undangan untuk berlakon dalam filem John Wick 3, tiada sebab untuk Donnie Yen tidak menerimanya juga, tambah lagi beliau masih kelihatan segak meskipun sudah berusia 57 tahun.

Yen termasuk antara nama yang akan berlakon dalam John Wick 4 termasuk Rina Sawayama, dan Ian McShane yang mengekalkan wataknya sebagai Winston.

Francais John Wick yang sedang berkembang ini juga mempunyai rancangan TV spin-off bertajuk ‘The Continental‘, dan sebuah filem spin-off yang berpusat pada pembunuh upahan wanita, iaitu ‘Ballerina‘ – bersama dengan filem John Wick kelima yang telah pun diumumkan.

Dikatakan Yen mungkin memegang watak sebagai kawan lama kepada John Wick.
Memandangkan dalam Chapter 3, keadaan John Wick tidak ubah seperti kain buruk selepas ditembak lalu jatuh dari bangunan tinggi, Wick semestinya memerlukan kesemua kawan lama yang dia pernah ada.

John Wick 4 akan menjengah ke panggung pada 27 Mei 2022. Suatu jangka masa yang agak panjang, dan diharapkan pada ketika itu hidup kita semua sudah kembali normal hendaknya.

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version