Cara Semak Sama Ada Data Facebook Anda Bocor Atau Tidak
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Cara Semak Sama Ada Data Facebook Anda Bocor Atau Tidak

Cara Semak Sama Ada Data Facebook Anda Bocor Atau Tidak

0
Mobile Ads

Semalam telah tular berita mengenai kebocoran sebanyak 533 juta data pengguna Facebook. Data yang diambil daripada maklumat yang terdapat pada profil Facebook itu telah dikumpul dan dijual di forum penjualan data popular.

Data berkenaan pada asalnya dijual secara tertutup dan dikumpul pada tahun 2019 menggunakan kerentanan fungsi “Tambah Kawan” pada Facebook. Facebook dalam kenyataannya berkata bahawa kerentanan ini telahpun dibaiki. Namun, data yang banyak dicuri itu tetap dijual dan bertebaran sehinggan kini.

Bertindak terhadap berita kebocoran ini, Troy Hunt, pengasas bagi laman web Have I Been Pwned telah mengemaskini laman web beliau dengan data yang didakwa telah dibocorkan. Have I Been Pwned adalah perkhidmatan nofifikasi kebocoran data secara percuma.  Orang awam kini boleh menyemak sama ada data anda terlibat dalam kebocoran data Facebook tersebut.

Anda boleh memasukkan emel pada laman web Have I Been Pwned dan menekan butang “pwned?” untuk memulakan carian. Hasil carian kemudiannya akan menunjukkan sama ada emel anda pernah dibocorkan atau tidak di mana-mana lokasi merbahaya. Sekiranya terlibat, anda juga akan diberitahu berapa kalikah kebocoran data anda telah berlaku dan lokasi kebocoran data berlaku. Skrol ke bawah untuk membaca maklumat penuh kebocoran data anda.

Contohnya pada gambar di bawah. Masukkan alamat emel anda dan tekan butang “pwned?”. Hasil carian kemudian menunjukkan sudah 3 kali data emel ini dibocorkan. Skrol ke bawah lagi dan ia kemudiannya memberitahu data alamat ini telah bocor melalui insiden kebocoran data Facebook yang lalu.

Walau bagaimanpun, kebocoran 5333 juta data Facebook baru-baru ini lebih kepada data melibatkan nombor telefon. Daripada 533 juta data berkenaan, hanya 2.5 juta data yang mempunyai alamat emel. Ini bermakna, walaupun alamat emel anda tidak dibocorkan, maklumat anda di Facebook mungkin turut terlibat dalam kebocoran ini seperti alamat, nama, nombor telefon dan maklumat peribadi yang lain.

Troy Hunt dalam ciapan di Twitternya berkata, permasalahannya ini sudah menjadi perhatiannya. Beliau bercadang untuk membolehkan orang awam mencari maklumat kebocoran data dengan memasukkan maklumat nombor telefon. Dengan ini, individu boleh juga memeriksa sama ada nombor telefon mereka juga telah terdedah dalam kecurian data.

Sumber: BleepingComputer

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version