AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Cara Merakam (Burn) Imej IMG Ke Dalam Pendrive

Cara Merakam (Burn) Imej IMG Ke Dalam Pendrive

0
Mobile Ads

Bagi mereka yang biasa menggunakan fail imej CD berformat ISO, tentu anda tahu cara yang mudah untuk merakamkannya ke dalam CD, DVD atau USB. Namun bagaimana pula jika ia berformat IMG? Berikut Mr.Hac berikan anda cara untuk melakukannya sama ada melalui Windows atau Linux.

Rakam Di Dalam Windows:

Untuk Windows, kita ada satu tool bersaiz kecil bernama Win32 Image Writer.

Muat turun terlebih dahulu fail IMG yang anda mahukan. Kemudian muat turun fail Win32 Image Writer
di sini -> IMG Writer

1. Setelah itu, anda hanya perlu masukkan pendrive anda ke dalam mana-mana port USB
2. Klik pada fail Win32 Image Writer
3. Pilih fail IMG yang telah anda muat turun sebentar tadi, pilih USB pendrive anda, dan klik pada ‘Write’.

Rakam Di Dalam Ubuntu/Linux Mint/Pinguy OS:

Seperti biasa muat turun terlebih dahulu fail IMG yang diingini. Kemudian, pasangkan Ubuntu Image Writer. Pasang melalui Synaptic Package Manager atau melalui Terminal:

sudo apt-get install usb-imagewriter

1. Anda boleh melancarkannya melalui Menu iaitu Accessories -> Image Writer
2. Masukkan pendrive anda ke dalam mana-mana port USB
3. Pilih imej IMG anda, pilih USB pendrive anda dan klik pada ‘Write to device’

Mobile Ads

Exit mobile version